Berita Harian

Mufti perjelas tak jawab isu

-

Kuala Lumpur: Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-bakri, mengakui tidak menjawab isu babi masuk masjid di Selangor, barubaru ini, walaupun menerima banyak soalan mengenainy­a.

“Bukan masalah tidak boleh jawab, namun banyak faktor diambil kira, antaranya bagi mengelakka­n cercaan kepada pihak lain.

“Apabila membabitka­n cercaan dan hinaan kepada orang, persatuan, maka ini bukan cara baik, bahkan cara yang memecahbel­ahkan dan merosakkan perasaan hubungan sesama kita.

“Kedua, kerana mufti lain sudah jawab. Apabila mufti lain sudah jawab dan di tempat dia pula, maka kita kena faham, seseorang itu lebih tahu hal ehwal di tempatnya, berbanding orang lain.

“Ketiga kerana lebih baik tak jawab daripada jawab. Kadangkada­ng kita kata, ‘eh! bagus tak jawab daripada jawab’, kerana jawab itu memberi makna yang banyak implikasi. Kalau jawab mudaratnya lebih besar,” katanya pada program Bicara Mufti mengupas isu semasa di Masjid Negara, di sini, semalam.

Jemaah cedera disondol

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam 6 Mac lalu, seorang jemaah yang sedang menunggu waktu solat Isyak, cedera disondol babi hutan yang menceroboh ke dalam Masjid Sungai Plong.

Babi hutan itu dikatakan tibatiba muncul di pekarangan masjid dan mengejar kanak-kanak yang berada di kawasan itu.

Haiwan itu kemudian lari memasuki masjid dan menyondol jemaah terbabit.

Jemaah lain cuba menghalau haiwan itu dan ia kemudian ditembak mati oleh seorang je- maah yang memiliki senapang patah.

Zulkifli berkata, beliau juga tidak menjawab persoalan itu kerana tidak mendapat maklumat sebenar yang lengkap.

“Saya tengok banyak masalah yang kadang-kadang kita hanya tahu sejuzuk atau realiti sebenarnya kita tak tahu.

“Apabila kita tak tahu, kita nak jawab juga, sebenarnya kita memasukkan diri kita kepada suasana lebih bahaya dan boleh membawa kepada keadaan tidak harmoni. Ini sepatutnya kita elakkan dalam kehidupan kita.

“Kadang-kadang soalan itu juga nak “pelaga’ (melaga-lagakan) antara mufti. Dia kumpul koleksi ( jawapan), lalu dia dengar, mufti ini kata begini, begini,” katanya.

 ??  ?? Keratan laporan BH 8 Mac lalu.
Keratan laporan BH 8 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia