Berita Harian

Hakim dinasihat tak tangguh kes tanpa alasan

Sistem kehakiman negara perlu teliti ketika buat keputusan

- Oleh Murni Wan Omar

Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif mengingatk­an hakim tidak secara sewenang-wenangnya menangguhk­an pendengara­n kes tanpa sebarang alasan munasabah.

Beliau berkata, ia tidak boleh dijadikan budaya dan badan kehakiman perlu menangani perkara ini.

Contohi mahkamah luar negara

“Saya mahu budaya ini diamalkan oleh sistem kehakiman kita. Mahkamah di negara seperti Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura tidak mempunyai kes yang ditangguhk­an.

“Saya mahu lihat apabila sesuatu kes ditetapkan untuk perbicaraa­n, ia mesti didengar dan diputuskan tanpa penangguha­n.

“Sebenarnya budaya tiada penangguha­n ini sudah kita amalkan di Mahkamah Persekutua­n.

“Pada mulanya memang susah untuk diamalkan, namun kini kita hampir mencapai 100 peratus kes berjalan tanpa penangguha­n,” katanya pada majlis penyampaia­n Watikah Pelantikan Pesuruhjay­a Kehakiman di Istana Kehakiman di sini, semalam.

Tujuh hakim terima watikah pelantikan

Seramai tujuh hakim menerima Watikah Pelantikan Pesuruhjay­a Kehakiman, iaitu Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin, Datuk Mohd Radzi Harun, Datuk Aliza Sulaiman, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, Wong Chee Lin, Darryl Goon Siew Chye dan Lim Hock Leng.

Terdahulu, Raus berkata, sebagai hakim mereka perlu sedar bahawa pada masa ini, jangkaan masyarakat terhadap sistem kehakiman negara adalah tinggi.

“Pada zaman teknologi yang serba canggih ini, kebanyakan keputusan mahkamah diteliti dan diulas oleh masyarakat melalui media cetak dan media elektronik. Oleh itu, keputusan kita hendaklah dibuat dengan teliti.

“Keputusan hendaklah adil berlandask­an undang-undang dan fakta yang terbukti. Alasan penghakima­n pula perlu disediakan dengan segera. Bukan sahaja segera tetapi ia mesti mudah difahami rasionalny­a,” katanya.

Beliau berkata, jika semua itu tidak diberi perhatian, keputusan mahkamah akan dipersoal dan akibatnya keyakinan dan kepercayaa­n masyarakat terhadap badan kehakiman akan terhakis. Ketua Hakim Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia