Berita Harian

Kes bunuh berprofil tinggi ada kaitan kumpulan kongsi gelap

-

Kuala Lumpur: Setiap kes pembunuhan berprofil tinggi atau cubaan bunuh dikesan ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap yang juga dalam kategori kumpulan jenayah terancang di negara ini.

Antara kes bunuh berprofil tinggi yang didalangi geng kongsi gelap adalah kes tembak seorang Datin di Jalan Klang Lama, di sini, pada 6 Julai 2016; kes bunuh ketua Geng Satu Hati, Surya Kumar di Jinjang Selatan pada 25 Januari 2016 dan orang kanannya Kanna di Danau Kota, Setapak, pada 27 Julai tahun sama.

Selain itu, mereka juga turut terbabit dalam kes cubaan bunuh seorang Datuk di bulatan berhampira­n pekan Chaterfiel­d, Pusat Komersial KLIA, Sepang pada jam 8.45 malam, 25 Mac 2016, yang dipercayai membabitka­n perselisih­an antara kumpulan kongsi gelap.

Kes tembak ahli perniagaan

Malah kes tembak mati ahli perniagaan Datuk Ong Teik Kwong, atau Datuk M, oleh pengawal peribadiny­a di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown, Pulau Pinang, pada 1 Disember 2016, turut dipercayai membabitka­n Geng 24 Pulau Pinang.

Antara kes lain membabitka­n kumpulan ini adalah kes culik dan bunuh ahli perniagaan, Datuk Seri Law Yong Chow, 43, yang ditemui dibakar di kawasan hutan berdekatan Swiss Garden Resort, Lumut, Perak, pada 16 Januari 2015.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan hilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, tiga hari sebelum mayatnya ditemui dan identiti mangsa disahkan melalui bedah siasat berdasarka­n persamaan rekod pergigian.

Turut membabitka­n kongsi gelap adalah kes bunuh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Sub-inspektor, Abu Hashim Ismail, 54, di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, Changlun, Kedah oleh Geng Pak Su pada 18 Ogos 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia