Berita Harian

24, 25 Mei tarikh prosiding inkues

Peguam wakili guru akan kemuka 30 saksi

- Oleh Siti Sofia Md Nasir

Mahkamah Koroner Georgetown menetapkan 24 dan 25 Mei hadapan sebagai tarikh prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar Tingkatan Dua, M Vashanthap­iriya.

Koroner Norsalha Hamzah menetapkan tarikh berkenaan ketika kes itu ditetapkan pada sebutan pertama, semalam.

Inkues itu akan dibantu Pegawai Pengendali, J G Kaameni, dan prosiding dijalankan mengikut Seksyen 329(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Sementara itu, peguam mewakili guru berkenaan, V Parthipan ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengemukak­an sekurang-kurangnya 30 saksi pada kedua-dua tarikh prosiding berkenaan.

“Tarikh itu diberikan untuk permohonan dokumen, selain membawa sekurang-kurangnya 30 saksi, termasuk guru terbabit,” katanya.

Tinjauan wartawan yang hadir sejak jam 8 pagi mendapati guru wanita berkenaan dan wakil keluarga Vashanthap­iriya tidak hadir di Mahkamah Koroner.

Pada 1 Februari lalu, Vasanthapi­riya meninggal dunia selepas tujuh hari dalam keadaan koma selepas menggantun­g diri di bilik rumahnya akibat dituduh mencuri telefon bimbit gurunya dalam kejadian pada 24 Januari.

NUTP beri sokongan moral

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozama­n Abd Razak, berkata pihaknya hadir bagi memberikan sokongan moral kepada guru wanita yang didakwa menyebabka­n pelajar berkenaan menggantun­g diri.

“Kes ini adalah membabitka­n penjawat awam, iaitu pendidik. Jadi seharusnya, kami perlu memberi sokongan dan semangat kepada beliau dalam berhadapan dengan kes ini.

“Ramai yang tidak tahu guru berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa. Kami berharap orang ramai tidak lagi membuat tuduhan atau persepsi sendiri selagi kes ini belum selesai,” katanya yang mengesahka­n guru wanita berkenaan masih berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan.

 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Kamarozama­n (kanan) bersama Parthipan ketika hadir di Mahkamah Koroner Georgetown, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Kamarozama­n (kanan) bersama Parthipan ketika hadir di Mahkamah Koroner Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia