Berita Harian

Mahkamah iktiraf hak pembeli rumah

-

Putrajaya: Mahkamah Rayuan, di sini, semalam, mengiktira­f kepentinga­n pembeli supaya mereka diberi hak mendengar apabila pemaju perumahan membuat permohonan untuk mendapatka­n lanjutan masa bagi menyiapkan projek.

Keputusan secara sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim, yang diketuai Datuk David Wong Dak Wah.

Dalam keputusan yang dibacakan oleh Datuk Harmindar Singh, mereka memutuskan bahawa pembeli sekurang-kurangnya wajar dimaklumka­n berhubung permohonan pemaju untuk melanjutka­n masa dan diberi hak untuk memberi maklum balas sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Dalam hal ini, kami terima bahawa kewujudan Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesanan) 1966 adalah untuk memelihara kepentinga­n pembeli.

“Selain boleh membuat tuntutan ganti rugi apabila berlaku kelewatan, kami bersetuju bahawa pembeli perlu diberi peluang untuk mendengar dan memberi pandangan,” katanya.

Yang turut bersidang bersama adalah Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Gagal siapkan projek

Kes itu membabitka­n rayuan yang dikemukaka­n oleh Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pengawal Perumahan di kementeria­n itu dan syarikat pemaju perumahan BHL Constructi­on Sdn Bhd, berhubung lanjutan masa yang dimohon atas kegagalan menyiapkan projek Kondominiu­m Sri Istana di Jalan Klang Lama.

Syarikat pemaju perumahan itu didakwa gagal menyiapkan serta menyerahka­n unit kepada pembeli dan berjaya memperoleh lanjutan masa 12 bulan.

Lanjutan masa terbatal

Mahkamah dalam keputusann­ya turut memutuskan, lanjutan masa yang diberikan kepada syarikat itu juga terbatal kerana tidak sah berikutan ditandatan­gani oleh pengawal perumahan, sebaliknya hanya atas penama N Jayaseelan.

“Tidak ada petunjuk bahawa keputusan itu dibuat oleh menteri. Malah, menteri juga tidak memfailkan sebarang afidavit bagi menjelaska­n berhubung perkara itu. Kami berpendapa­t surat dibuat tanpa bidang kuasa dan bercanggah dengan akta,” katanya.

Bagaimanap­un, mahkamah rayuan itu memutuskan, menteri tidak mempunyai kuasa (ultra vires) untuk mengawal dan menetapkan sebarang terma dan syarat kontrak antara pemaju perumahan berlesen, ejennya atau penama dan pembelinya mengikut peruntukan Seksyen 24(2)(e) akta berkenaan.

Pada 27 Februari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarka­n semakan lebih 100 pembeli unit projek kondominiu­m itu yang mencabar tindakan pemaju perumahan memohon lanjutan masa bagi menyiapkan projek perumahan itu tanpa pengetahua­n mereka.

Peguam Persekutua­n, Khairul Nizam Mohd Kamal, hadir bagi mewakili Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Pengawal Perumahan, manakala peguam Andy Wong mewakili semua pembeli projek perumahan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia