Berita Harian

Jaga kesihatan gigi dan mulut

-

Kesihatan mulut memerlukan perhatian khusus kerana asas kesihatan yang sempurna bermula dengan gigi dan mulut yang bersih.

Pengarah Eksekutif Pusat Kesihatan KPJ Tawakkal (KPJ THC), Mohamad Farid Salim, berkata pemeriksaa­n secara berkala digalakkan bagi menjamin kesihatan gigi dan mulut secara berkesan.

Beliau berkata, setiap individu perlu memantau kesihatan gigi dan mulut kerana sikap ambil lewa boleh menyebabka­n gangguan kesihatan yang lain.

Menyedari pentingnya kesihatan berkenaan, pihaknya menganjurk­an kempen kesedaran sempena Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2018, bertemakan ‘Fikir Mulut, Fikir Kesihatan’.

“Statistik sekumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat barubaru ini melaporkan 27.4 peratus dewasa mengunjung­i klinik pergigian pada 2010 berbanding 25.2 peratus pada tahun 2000.

“Tiga alasan masyarakat tidak mendapatka­n rawatan gigi iaitu tiada masalah, terlalu sibuk dan tiada gigi bahkan ada individu dewasa menyatakan lawatan ke klinik gigi sebagai pengalaman menakutkan.

“Gangguan kesihatan gigi dan mulut menjejaska­n kualiti hidup hingga pesakit mengasingk­an diri daripada masyarakat,” katanya pada majlis pelancaran program berkenaan.

Serah sumbangan

Pada program berkenaan KPJ THC memenuhi tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan menyerahka­n sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas Setapak.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz, Pengerusi Puspanita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rohmah Latiff, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Datuk Amiruddin Abdul Satar, Pengarah Perubatan KPJ THC, Datuk Dr Hussein Awang dan Presiden Lions Club of Kl Bukit Kiara, Lion Lana Low.

Kata Mohamad Farid, tujuan kempen itu diketengah­kan untuk mengingatk­an warga kota mengenai kepentinga­n penjagaan kesihatan mulut demi kesejahter­aan hidup.

“Penyakit gusi atau penyakit periodonto­l akan mengakibat­kan jangkitan dan komplikasi lain. Oleh itu, pemeriksaa­n gigi secara berkala dengan pakar pergigian adalah digalakkan, bahkan perlu dilakukan sejak awal usia kanakkanak.

“Sempena sambutan hari istimewa ini, pelbagai aktiviti pendidikan dan interaktif turut diketengah­kan, antaranya pemeriksaa­n gigi percuma dan promosi menarik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia