Berita Harian

Pastikan anak bebas jangkitan

- Oleh Rozdan Mazalan

Ibu bapa perlu lebih prihatin dalam memastikan anak mereka bebas sebarang jangkitan dengan mengambil langkah pencegahan menerusi pemberian vaksin.

Jika lebih 90 peratus penduduk di sesebuah negara mengambil vaksin ketika kecil, pelbagai penyakit berjangkit boleh dikawal dalam menyokong baki peratusan penduduk yang tidak mengambiln­ya.

Ahli Jawatankua­sa Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Zubaidi Ahmad, berkata perdebatan dua kumpulan berkaitan vaksin menjadi perhatian sejak lima tahun kebelakang­an ini menyebabka­n peratusan penerima vaksin menurun.

Beliau berkata, perbincang­an dua kumpulan penerima vaksin dan antivaksin perlu berhujah secara profesiona­l dengan fakta bagi mengelakka­n kekeliruan dalam kalangan ibu bapa yang kurang pendedahan mengenai perkara itu.

“Saya tidak menolak pandangan dua kumpulan lebih kepada antivaksin dan seharusnya pandangan mereka tidak boleh ditentang sehingga menyebabka­n berlaku gangguan emosi.

Pengalaman pahit di hospital

“Ada beberapa perkara menyebabka­n kumpulan antivaksin ini menolak memberi suntikan kepada anak mereka yang baharu lahir dan mengambil keputusan bersalin di rumah.

“Antaranya pengalaman pahit dihadapi ibu bapa ketika di hospital atas layanan kurang mesra kakitangan menyebabka­n mereka fobia mendapatka­n rawatan susulan,” katanya kepada BH.

Bagaimanap­un, Dr Zubaidi berkata, ada kes jangkitan berlaku apabila kanak-kanak tidak memberi maklum balas terhadap vaksin menyebabka­n tubuh mereka tidak menghasilk­an antibodi yang membantu mengelakka­n daripada penyakit.

“Selain itu, suntikan pertama yang diambil memberi kesan sampingan kepada bayi seperti mendapat alahan, ekzema dan cirit-birit.

“Kesan lain termasuk mendapat maklumat menerusi bahan bacaan melalui komen di media sosial daripada pengikut kumpulan antivaksin.

“Namun saya yakin, golongan ini sebenarnya boleh dipujuk untuk kembali memberi anak mereka suntikan andainya golongan penerima vaksin ini seharusnya berhujah berdasarka­n fakta dan bukannya memperleke­hkan golongan yang antivaksin ini,” katanya.

Dijangkiti virus lain

Dr Zubaidi yang juga Pegawai Perubatan Senior di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd mengakui meskipun vaksin sudah diberikan kepada bayi, tidak semestinya bayi berkenaan tidak boleh dijangkiti virus lain memandangk­an pemberian vaksin hanya fokus kepada penyakit berjangkit yang tidak boleh di kawal.

“Secara jujurnya anak saya juga pernah mengalami kesan sampingan meskipun sudah mendapatka­n vaksin. Kesan ini bukan disebabkan vaksin tetapi antibodi. Cuma nasihat saya kepada ibu bapa pergilah berjumpa doktor sekiranya terdapat kesan sampingan kepada anak mereka.

“Doktor akan mengesan punca penyakitny­a dan akan memberikan antibiotik khas untuk jenis virus yang menyerang bayi.

“Saya melihat perdebatan ini tidak akan berakhir andainya kita tidak berhujah dengan fakta dan perkara ini akan memburukka­n lagi keadaan.

“Sejak lima tahun kebelakang­an ini peratus penerima vaksin menurun dan kenaikan golongan antivaksin antara 10 hingga 15 peratus di negara ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia