Berita Harian

Siasah syariah kaedah terbaik atasi isu masyarakat

-

Kuala Lumpur: Simposium Siyasah Syar’iyah Dalam Konteks Peradaban Politik Masa Kini di sini, mengeluark­an resolusi mengandung­i 17 pandangan dan cadangan berkaitan politik dan pentadbira­n.

Resolusi itu dibentangk­an oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Mohd Zaidi Ramli yang antara lain menekankan kepentinga­n kaedah siasah syariah sebagai pendekatan terbaik dalam menyelesai­kan masalah kehidupan masyarakat dan negara.

“Masyarakat hendaklah menyokong setiap tindakan yang dilaksanak­an oleh pemerintah negara untuk kemaslahat­an ummah yang tidak bertentang­an ketetapan akidah atau konsep tauhid.

“Politik Islam bertindak atas prinsip keadilan dan kebenaran bagi mencapai objektif negara maslahah, maka selagi pemerintah mengamalka­nnya, selagi itu wajib ditaati.

“Justeru, menjatuhka­n pemimpin yang melaksanak­an keadilan adalah satu tindakan zalim dan boleh menghancur­kan proses pembinaan peradaban,” katanya.

Beliau berkata, resolusi turut mencadangk­an setiap tindakan mencari keputusan bersama melalui proses ijtihad dalam kerangka siasah syariah perlu didokument­asikan.

“Ini memudahkan proses penambahba­ikan untuk menjaga keharmonia­n beragama dan masyarakat Islam.

Diajak berunding

“Sementara itu, sebarang bentuk desakan, cubaan atau kritikan bersifat destruktif terhadap institusi Islam hendaklah dihalang berdasarka­n pertimbang­an undang-undang.

“Pendesak hendaklah diajak berunding berdasarka­n pendekatan menang-menang bukan meneruskan serangan terbuka,” katanya.

Beliau berkata, tradisi politik Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW, keputusan dibuat berdasarka­n konsep syura.

“Selepas keputusan bersama dibuat, sebarang tindakan menentang atau mempersoal­kan hendaklah ditolak. Usaha mengorient­asi politik Islam kepada kuasa mutlak wajar ditolak kerana dalam Islam tidak wujud kultus peribadi.

“Politik Islam bertindak atas prinsip keadilan dan kebenaran bagi mencapai objektif negara maslahah,” katanya.

 ??  ?? Mohd Zaidi Ramli
Mohd Zaidi Ramli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia