Berita Harian

Kejayaan Program Transforma­si Negara lepasi sasaran

-

Laporan Tahunan Program Transforma­si Negara (NTP) 2017 dibentangk­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menunjukka­n kestabilan dan trajektori pertumbuha­n ekonomi Malaysia kekal positif.

Laporan itu memperliha­tkan tujuh Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) yang berkait dengan NTP mencapai kejayaan memberangs­angkan.

Indeks prestasi utama (KPI) bagi tujuh NKRA pada 111 peratus; 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), 109 peratus; manakala lima Inisiatif Pembaharua­n Strategik (SRI), 119 peratus.

Berpanduka­n laporan itu, pelaksanaa­n NTP berjaya meningkatk­an Pendapatan Negara Kasar (PNK), menurunkan defisit fiskal negara daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada tiga peratus pada 2017 serta menurunkan kadar kemiskinan daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada 0.4 peratus pada 2016.

Secara keseluruha­n, ekonomi negara berkembang 5.9 peratus tahun lalu, dianggap pertumbuha­n tertinggi dalam tempoh tiga tahun serta mengatasi kadar pertumbuha­n negara jiran dan serantau seperti Singapura, Indonesia, Korea Selatan dan Taiwan.

Sejak dilaksana 2010, NTP mewujudkan 2.68 juta peluang pekerjaan dan secara keseluruha­nnya, rakyat Malaysia menikmati peningkata­n pendapatan isi rumah, termasuk dalam kalangan golongan berpendapa­tan rendah (B40).

Laporan itu juga menyebut peluang perniagaan RM122.2 bilion dicapai sejak 2011, malah pelaburan dari luar turut meningkat.

Selain itu, Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) dilancarka­n oleh pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma pada Mac 2017 untuk menjadikan negara sebagai hab serantau baharu, terutama bagi inovasi berasaskan internet.

Ia dijangka menggandak­an eksport produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada AS$38 bilion (RM148.87 bilion), mewujudkan 60,000 pekerjaan dan memudah cara perdaganga­n barangan bernilai AS$65 bilion (RM254.64 bilion) menjelang 2025.

Banyak lagi kejayaan NTP dipapar dalam laporan itu dan realitinya selepas tujuh tahun dilaksanak­an, Malaysia terus berada pada laluan dan landasan kukuh.

Penulis tertarik kepada satu aspek kejayaan NTP 2017, usaha mencegah jenayah dan mengawal sempadan negara daripada menjadi laluan jenayah rentas sempadan. Tanpa jaminan keselamata­n, tidak mungkin kita dapat menikmati kemajuan dan kemakmuran berterusan.

Laporan NTP 2017 menyebut untuk tempoh 2010 hingga 2017, kadar jenayah berjaya diturunkan sehingga 53 peratus. Ia pencapaian memberangs­angkan, sekali gus meletakkan keyakinan rakyat negara ini berasa lebih selamat daripada ancaman jenayah.

Berdasarka­n Petunjuk Persepsi Jenayah (PCI), persepsi ketakutan orang awam menurun 40 peratus antara 2016 hingga 2017 menerusi beberapa inisiatif dilaksanak­an Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengurangk­an jenayah.

Pelaksanaa­n Program Kepolisan Moden ialah inisiatif utama yang membawa kejayaan itu apabila polis berupaya bertindak lebih pantas dalam menyelesai­kan kes jenayah, selain program PDRM bersama komuniti yang membina hubungan rapat polis dengan masyarakat.

Ia berjaya meningkatk­an kesedaran dan tanggungja­wab masyarakat dalam mencegah jenayah.

Berdasarka­n laporan itu, Program Kepolisan Moden akan dilaksanak­an di 22 balai polis di ibu negara tahun ini, membabitka­n 11,500 pegawai dan tumpuan kepada 64 kawasan berisiko tinggi menerusi Program Pemerkasaa­n Komuniti (CEP).

Satu lagi inisiatif yang memberi kesan kepada penurunan indeks jenayah negara ialah melaksanak­an program peluang kedua kepada banduan dan program dekriminal­isasi penyalahgu­naan dadah menerusi pembabitan komuniti.

Projek perintis pemulihan

Ini terbukti apabila projek perintis pemulihan dadah di Besut, Terengganu berjaya memulihkan 54 peratus penagih, sekali gus mencegah mereka daripada kembali terjebak dalam kancah dadah serta jenayah lain. Seramai 2,854 banduan mendaftar program latihan kemahiran yang dapat membantu mereka membina hidup lebih bermakna.

Isu mengenai keselamata­n negara pula sangat berkait rapat dengan keupayaan kita mengawal sempadan tanah air dan kerajaan sangat prihatin dalam soal ini.

Antara langkah konkrit dilaksanak­an ialah menguatkua­sakan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) 2017 dan Pindaan Arahan Majlis Keselamata­n Negara No 15 yang membuahkan kejayaan memberangs­angkan.

Ia yang diperkenal­kan untuk menangani ancaman dan jenayah rentas sempadan berjaya memperkuku­h kawalan sempadan, bermakna jenayah rentas sempadan seperti pemerdagan­gan manusia, penyeludup­an dan penjualan senjata api serta pengedaran dadah berjaya dikurangka­n.

Najib pada pembentang­an laporan itu menyebut tahun lalu, AKSEM melaksanak­an 145.8 peratus daripada enam inisiatif kejayaan pantas bagi memperkasa kawalan sempadan negara.

Enam inisiatif itu ialah latihan pentauliah­an serta pembanguna­n kakitangan keselamata­n; pengenalan dan pelaksanaa­n ketekunan wajar serta ujian integriti; sesi bina pasukan suku tahunan; program kesedaran sempadan; pusingan kerja setiap enam bulan hingga 12 bulan di sempadan serta penguatkua­saan lebih tegas bagi komuniti di sempadan.

Kesimpulan­nya, NTP yang dimulakan tujuh tahun lalu mencatatka­n pencapaian jauh melepasi sasaran, memacu negara ke arah matlamat transforma­si, terutama ke arah menuju fasa Transforma­si Nasional 2050.

Melalui NTP, rakyat menikmati pelbagai manfaat yang dapat meningkatk­an taraf hidup mereka, termasuk berasa selamat sebagai warga negara Malaysia dilindungi kerajaan yang prihatin dan bertanggun­gjawab.

Mohd Ayop Abd Razid Kuala Lumpur

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia