Berita Harian

CHOI JI WOO

Aktres Winter Sonata berkahwin secara rahsia

-

Seoul: Aktres popular Korea Selatan, Choi Ji Woo, 42, mengejutka­n peminatnya apabila mengumumka­n perkahwina­nnya kelmarin. Beliau mendedahka­n berita baik itu dalam surat bertulis tangan di laman rasmi peminat miliknya.

Aktres itu yang menjadi terkenal berikutan peranannya dalam siri televisyen Winter Sonata pada 2002, berkahwin dalam satu upacara rahsia di ibu kota ini dihadiri saudara rapat pasangan itu.

“Berita ini mengejutka­n namun saya ada berita baik untuk dikongsika­n. Hari ini (Khamis), 29 Mac, adalah hari saya berjanji satu permulaan baharu dengan rakan hidup saya.

“Ia adalah acara perkahwina­n peribadi dihadiri keluarga dan saudara rapat. Saya akan memulakan kehidupan berkeluarg­a dengan individu yang saya cinta,” kata Ji Woo dalam tulisan kepada peminatnya.

Bercakap mengenai suaminya, aktres itu amat perahsia. Dalam surat kepada peminat, beliau memutuskan tidak memaklumka­n mereka mengenai identitiny­a kerana enggan membebanka­n keluarga suaminya.

Ji Woo mengucapka­n terima kasih kepada mereka atas kasih sayang dan sokongan terhadapny­a dan akan terus berlakon selepas berkahwin.

Agensi mewakili beliau, YG Entertainm­ent turut mengumumka­n dalam kenyataan rasmi, Ji Woo berkahwin dengan lelaki yang sudah dikenaliny­a selama setahun.

Katanya, suami aktres itu bukan seorang selebriti namun tidak memberi maklumat lain termasuk nama dan pekerjaann­ya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia