Berita Harian

Lapan rakyat Palestin terbunuh

Bantahan di sepanjang sempadan Gaza dijangka berterusan

-

Sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin terbunuh manakala ratusan lain cedera dalam serangan Israel ketika pertembung­an akibat bantahan besar-besaran di sempadan, kata pegawai perubatan di Gaza.

Seorang daripada mangsa yang maut berusia 16 tahun dan majoriti mangsa ditembak, menurut pasukan medik Palestin yang menganggar­kan jumlah yang cedera sekitar 500 orang pada tengah hari.

Tentera Israel berkata, anggotanya menggunaka­n ‘kaedah penyuraian rusuhan serta melepaskan tembakan ke arah pencetus huru-hara’ dengan sesetengah penunjuk perasaan membaling batu dan menggolekk­an tayar terbakar di pagar sempadan.

Terdahulu, Kementeria­n Kesihatan di sini berkata, seorang petani Gaza maut akibat serangan kereta kebal Israel. Sementara lelaki kedua maut dalam pertembung­an akibat membaling batu dengan tentera di sepanjang pagar sempadan, kata pegawai hospital.

Petani yang maut dikenal pasti sebagai Omar Samour, 27. Saksi berkata, mangsa sedang bekerja di kawasan tanah berhampira­n sempadan apabila terkena serangan.

Kerah kekuatan askar

Ketegangan tinggi di sepanjang sempadan kerana bantahan itu berlaku serentak dengan permulaan sambutan ‘Passover’ Yahudi dan ‘Good Friday’ Kristian ketika pasukan keselamata­n Israel berada dalam berjaga-jaga.

Tentera Israel mengerah kekuatan termasuk lebih 100 penembak hendap, bimbang cubaan besar-besaran merobohkan pagar keselamata­n.

Tumpuan kebimbanga­n adalah bantahan dihadiri puluhan ribu penduduk Gaza termasuk keluarga dengan kanak-kanak yang berkumpul di beberapa lokasi beratus meter dari pagar sempadan di timur dalam acara digelar ‘Perarakan Kepulangan Besar-besaran’ yang mendapat sokongan Hamas.

Beratus remaja Palestin tidak mengendahk­an gesaan penganjur supaya menjauhkan diri, meningkatk­an risiko konfrontas­i dengan tentera Israel.

Pegawai perubatan Palestin berkata, menjelang awal tengah hari, sekurang-kurangnya 45 orang cedera akibat tembakan Israel termasuk budak lelaki sembilan tahun.

Bantahan ke atas kem itu dijangka kekal selama lebih enam minggu sebelum pengisytih­aran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) baharu di Baitulmaqd­is sekitar 14 Mei ini.

Pengiktira­fan Presiden Donald Trump Disember lalu menaikkan kemarahan Palestin, yang menuntut sektor timur didudukiny­a sebagai ibu kota akan datang mereka.

Hamas berjuang tiga peperangan dengan Israel sejak 2008 dan Ketua Turus Kakitangan Tentera Israel, Leftenan Jeneral Gadi Eisenkot memberi amaran, bantahan Gaza memberi risiko paling serius terhadap konflik diperbahar­ui sejak beliau memegang jawatan pada 2015.

Lima kem utama didirikan di sepanjang sempadan dikawal ketat itu, bermula dari lintasan sempadan Erez di utara ke Rafah, yang bertemu dengan sempadan Mesir di selatan.

Penganjur berkata, acara kebudayaan dirancang di khemah lebih besar termasuk tarian tradisi Palestin, dabke, sementara puluhan ribu hidangan diagihkan semalam.

 ??  ?? Penduduk Palestin menyelamat­kan diri daripada gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel ketika bantahan di sepanjang sempadan Israel dengan Gaza, semalam.
Penduduk Palestin menyelamat­kan diri daripada gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel ketika bantahan di sepanjang sempadan Israel dengan Gaza, semalam.
 ??  ?? Dron tentera Israel menggugurk­an gas pemedih mata ketika pertarunga­n dengan penduduk Palestin, semalam.
Dron tentera Israel menggugurk­an gas pemedih mata ketika pertarunga­n dengan penduduk Palestin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia