Berita Harian

Yulia Skripal sudah sedar, boleh bercakap

-

London: Anak perempuan bekas perisik Russia yang diserang agen saraf di Salisbury, Britain, kini tidak lagi dalam keadaan kritikal, kata sebuah hospital kelmarin.

Yulia Skripal, 33, boleh melakukan pergerakan dan tidak lagi dalam keadaan kritikal, kata hospital di mana dia dan bapanya, Sergei dirawat sejak serangan 4 Mac lalu, didakwa dilakukan Moscow oleh Britain.

Bapanya, Sergei, 66, bekas ejen muka dua Russia masih kritikal namun stabil kata hospital di bandar barat daya Salisbury.

Pengumuman dibuat ketika Russia menyelar tindakan awal Amerika Syarikat (AS) mengusir 60 diplomatny­a dan menutup konsulat jeneral negara itu di Seattle.

Kes disiasat beberapa bulan

Serangan ke atas anak beranak itu disambut dengan tindak balas besar-besaran yang menyaksika­n lebih 150 diplomat Russia diusir dari negara seluruh dunia. Pengusiran awal Britain ke atas diplomat Russia disokong pakatan pertahanan NATO, AS, 18 negara Kesatuan Eropah (EU) dan negara lain.

Pihak berkuasa British menuduh Russia dalang serangan namun dinafikan Moscow dan berkata, agen saraf direka Soviet digelar Novichok digunakan dalam insiden meracun itu, senjata kimia pertama digunakan di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Sebuah mahkamah minggu lalu dimaklumka­n, Yulia tidak dapat berkomunik­asi dalam sebarang cara sementara bapanya langsung tidak boleh bercakap.

Polis antikegana­san British Rabu lalu berkata, kedua anak beranak itu terkena agen saraf di rumah mereka di Salisbury dengan kepekatan tertinggi di pintu hadapan kediaman terbabit.

Polis British berkata, kira-kira 250 detektif antikegana­san sedang bekerja dalam kes itu yang mungkin berterusan selama beberapa bulan. Kira-kira 500 saksi dikenal pasti dan polis meneliti lebih 5,000 jam rakaman kamera keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia