Berita Harian

Pbb-bangladesh bincang pindah Rohingya

Presiden baharu Myanmar ikrar pinda perlembaga­an ditulis tentera

-

Puluhan ribu pelarian Rohingya yang lari menyelamat­kan diri ke kem di Bangladesh dari Myanmar perlu dipindahka­n bagi mengelak banjir dan bahaya lain akibat monsun, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) Antonio Guterres kelmarin.

Kirakira 150,000 Rohingya tinggal di kawasan terdedah banjir di kem penuh sesak di Cox‘s Bazar dan mungkin terdedah kepada risiko kesihatan seperti taun ketika musim hujan, dijangka bermula Jun ini, menurut PBB.

“Musim monsun adalah kebimbanga­n terbesar,” kata Guterres kepada media di sini, menambah etnik Rohingya amat terdedah kepada monsun.

Guterres berkata, beliau membincang­kan isu perpindaha­n itu dengan kerajaan Bangladesh dan menegaskan kawasan tinggi adalah tempat terbaik untuk tujuan itu.

Katanya, kerajaan di Dhaka meneruskan rundingan dengan agensi PBB mengenai lokasi perpindaha­n itu.

Pindah ke pulau terpencil

Ada laporan pihak berkuasa mencadangk­an memindahka­n mereka ke pulau terpencil.

Kirakira 700,000 Rohingya lari ke Bangladesh akibat tindakan keras tentera di Rakhine sejak 25 Ogos lalu.

Pihak berkuasa Myanmar berkata, operasi itu menyasar menghapusk­an pemberonta­k.

Sementara itu di Naypyidaw, Presiden baharu Myanmar, Win Myint, 66, berjanji meminda perlembaga­an ditulis tentera dalam satu ucapan pengisytih­aran semalam, mencabar piagam yang melarang Aung San Suu Kyi daripada memegang jawatan tertinggi itu dan memberi tentera kuasa utama.

Win Myint, bekas tahanan politik dan sekutu rapat Suu Kyi, dipilih sebagai presiden baharu Rabu lalu selepas penyandang­nya, Htin Kyaw meletak jawatan atas alasan kesihatan.

Dalam ucapan pertama di Parlimen, Win Myint yang terkenal berterus terang itu berkata, beliau akan memfokuska­n undangunda­ng, penyatuan nasional dan meminda perlembaga­an untuk membangunk­an satu kesatuan persekutua­n demokratik.

Tiga isu itu menjadi tunjang utama parti pimpinan Suu Kyi, Liga Demokrasi Nasional (NLD).

Namun cadangan pindaan perlembaga­an 2008 Myanmar kemungkina­n meningkatk­an huruhara di kalangan jeneral tentera berkuasa negara itu.

Tentera menyerahka­n kuasa kepada pentadbira­n awam namun mengekalka­n 25 peratus kerusi Parlimen dan kawalan penuh keselamata­n mengikut perlembaga­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia