Berita Harian

‘Jack the Ripper’ China dihukum mati

-

Beijing: Seorang pembunuh bersiri dari China digelar ‘Jack the Ripper’ kerana cara digunakan untuk membunuh segelintir daripada 11 mangsa wanitanya, dijatuhi hukuman mati semalam, tiga dekad selepas melakukan pembunuhan pertama.

Gao Chengyong, 53, merompak, merogol dan akhirnya membunuh 11 mangsa wanita lebih sedekad lalu, kata pendakwa raya dari bandar Baiyin di wilayah barat laut Gansu.

Tertuduh didapati bersalah oleh Mahkamah Rakyat Baiyin dan menerima hukuman mati atas kesalahan merompak dan berniat membunuh namun hukuman ringan untuk merogol dan menyeksa mayat.

Chengyong menyasar wanita muda berpakaian merah dan mengekori mereka pulang ke rumah, mengelar leher dan menyeksa mayat, menurut laporan media tempatan. Mangsa termuda berusia lapan tahun.

Mangsa diseksa

Sesetengah mangsa diseksa dengan organ peranakan mereka dikeluarka­n, kata akhbar Beijing Youth Daily ketika tertuduh ditahan pada 2016. Mahkamah mendapati Chengyong bersalah atas jenayah terbabit.

“Untuk memenuhi keingi nan penyumbale­weng, banyak mayat mangsa dirosak dan diseksa. Motif jenayah defendan sangat keji, kaedahnya amat kejam,” kata mahkamah dalam tulisan di akaun media sosial rasmi di Weibo.

Pembunuhan itu dilakukan di Gansu dan rantau berjiran Inner Mongolia dari 1988 hingga 2002. Polis memburu tertuduh selama bertahun.

Watak ‘Jack the Ripper’ asal adalah pembunuh bersiri aktif di timur London pada era akhir Victoria, yang dipercayai membunuh lima wanita, menyeksa beberapa daripadany­a. Pembunuhan itu bagaimanap­un tidak pernah diselesaik­an.

 ??  ?? Gao Chengyong
Gao Chengyong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia