Berita Harian

Tiada pengadil Britain di Russia

England jugatidak hantar wakil kerajaan, kerabat diraja ke majlis perasmian

-

Tiada pengadil warga Britain dipilih mengadili perlawanan Piala Dunia 2018 di Russia, kali pertama dalam masa 80 tahun.

Dalam senarai 36 pengadil dan 63 pembantu pengadil dikeluarka­n FIFA mengesahka­n daripada 46 negara tiada satu pun pegawai perlawanan dari England, Wales, Scotland atau Ireland Utara.

Amerika Syarikat mempunyai wakil paling ramai dengan dua pengadil dan dua pembantu pengadil.

Pengadil England, Mark Clattenbur­g yang mengadili final Kejohanan Eropah 2016 di antara Perancis dan Portugal termasuk dalam senarai awal FIFA tetapi dia meninggalk­an Liga Perdana musim lalu untuk bertugas di Arab Saudi.

“Cukup mengecewak­an kerana kami sudah lama berada dalam kancah bola sepak dunia dan menjadi kebanggaan bertugas di peringkat antarabang­sa,” kata Mike Riley, ketua Profession­al Game Match Officials Limited (PGMOL) kepada stesen televisyen Sky Sport.

Boikot majlis perasmian

“Selepas Mark pergi ke Arab Saudi, kami tidak mempunyai cukup masa membimbing pengadil lain, jadi tiada peluang kami menggantik­annya.”

Howard Webb yang mengadili final Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, satu-satunya pengadil Inggeris ketika itu dan juga di Brazil pada 2014.

Tiga lagi final diadili pengadil Inggeris ialah pada 1950 oleh George Reader, William Ling (1954) dan Jack Taylor pada 1974.

Britain pula tidak akan menghantar menteri atau kerabat diraja ke majlis perasmian Piala Dunia berikutan bantahan terhadap Russia yang didakwa terbabit dalam serangan ejen saraf ke atas bekas dua pengintip Russia di bandar Salisbury, bulan ini.

Cukup mengecewak­an kerana kami sudah lama berada dalam kancah bola sepak dunia dan menjadi kebanggaan bertugas di peringkat antarabang­sa” Mike Riley, Ketua PGMOL

 ??  ?? Clattenbur­g meninggalk­an Liga Perdana musim lalu untuk bertugas di Arab Saudi.
Clattenbur­g meninggalk­an Liga Perdana musim lalu untuk bertugas di Arab Saudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia