Berita Harian

Dortmund tekad tangguh pesta Bayern

-

Berlin: Jurulatih Borussia Dortmund, Peter Stoeger berharap pasukannya dapat menangguhk­an hasrat musuh lama, Bayern Munich meraikan kejayaan menjuarai Bundesliga apabila kedua-dua pasukan bertemu di Allianz Arena, hari ini.

Bayern memulakan cabaran minggu ini dengan jurang 17 mata di puncak liga dan kemenangan di Munich memastikan gelaran menjadi milik mereka buat kali keenam berturut-turut jika pasukan di tangga kedua, Schalke gagal meraih mata ketika menentang Freiburg.

“Rancangan kami ialah menggagalk­an misi mereka berpesta selepas tamat menentang kami,” kata Stoeger.

Pengurus Bayern, Jupp Heynckes pula yakin kemenangan berpihak kepada mereka yang kali terakhir menjuarai Bundesliga di tempat sendiri pada 2005.

Pep pegang rekod

Pemain sayap, Arjen Robben dijangka kembali beraksi selepas tersisih dua perlawanan akibat kecederaan saraf.

Dia menjaringk­an 11 gol dalam 21 perlawanan menentang Dortmund termasuk jaringan lewat pada final Liga Juara-juara 2013 dan pemain Belanda itu dijangka sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada pertahanan lawan.

“Saya suka perlawanan besar dan selalunya sebelum ini ketika menentang Dortmund, kami adalah pemenang,” kata Robben kepada majalah Kicker.

Pertembung­an Bayern-dortmund dianggap pertarunga­n dua kelab Jerman terbesar atau ‘Der Klassiker’ tetapi kedudukan keduadua pasukan dipisahkan 18 mata dalam liga.

Jika Bayern muncul juara liga malam ini, mereka tetap gagal mengatasi rekod sebelum ini yang dilakukan pada 25 Mac 2014 ketika dikendalik­an Pep Guardiola yang menjuarain­ya dengan tujuh baki perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia