Berita Harian

Zidane simpan Ronaldo untuk gempur Juventus

-

Madrid: Penjaring terbanyak Real Madrid, Cristiano Ronaldo direhatkan pada aksi La Liga menentang Las Palmas hari ini bagi membolehka­n dia berada dalam situasi terbaik menghadapi cabaran getir suku akhir Liga Juara-juara menentang Juventus, Selasa depan.

Ronaldo yang kembali temui sentuhan penyudah berbisa selepas permulaan lembab di awal musim telah menjaringk­an 18 gol tahun ini termasuk empat jaringan ketika menewaskan Girona 6-3 dalam perlawanan terakhir mereka.

Dia juga menjaringk­an dua gol ketika membantu Portugal menewaskan Mesir 2-1, pada 21 Mac lalu dan tersenarai dalam kesebelasa­n ketika tewas kepada Belanda 3-0, Isnin lalu.

Real kini 15 mata di belakang pendahulu, Barcelona dan berada di tangga ketiga La Liga.

Beri peluang rehat

Akhbar harian Sepanyol, Marca berkata, Ronaldo bersetuju dengan pengurus, Zinedine Zidane untuk kekal di Madrid dan tidak turut serta ke Canary Islands yang mengambil masa dua jam setengah dengan kapal terbang.

Ronaldo, 33, menjaringk­an gol dalam semua lapan perlawanan Liga Juara-juara musim ini dan muncul penjaring terbanyak dengan 12 jaringan.

Dia diberi peluang untuk tidak beraksi dalam beberapa perlawanan liga terutamany­a di tempat lawan dan direhatkan ketika Real menewaskan Leganes 2-1 dan ketika tewas 1-0 di Espanyol pada Februari lalu.

Ronaldo juga tidak beraksi dalam semua enam perlawanan Piala Raja.

Perlawanan Real menentang pendahulu Serie A, Juventus dalam aksi suku akhir adalah ulangan final Liga Juara-juara 2017 yang dimenangi Real 4-1 dengan Ronaldo menjaringk­an dua gol.

 ??  ?? Ronaldo direhatkan pada aksi La Liga menentang Las Palmas.
Ronaldo direhatkan pada aksi La Liga menentang Las Palmas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia