Berita Harian

Pogba kembali jadi tumpuan

Peminat United tunggu sama ada Mourinho senaraikan pemain jumpa Swansea

-

Hubungan dingin Jose Mourinho dengan pemain termahal Manchester United, Paul Pogba sekali lagi menjadi tumpuan apabila aksi Liga Perdana Inggeris kembali bersambung selepas tamat perlawanan antarabang­sa.

Skuad Mourinho yang tidak beraksi dua minggu sejak menang perlawanan suku akhir Piala FA menentang Brighton akan menentang pasukan bawahan, Swansea malam ini waktu Malaysia dan pengurus United itu belum pasti menurunkan Pogba dalam kesebelasa­n utama.

Pogba tersisih dalam tiga perlawanan sebelum ini termasuk aksi suku akhir Piala FA, menentang Sevilla dalam Liga Juara-juara dan aksi liga menentang musuh tradisi, Liverpool.

Prestasi pemain berusia 25 tahun itu tidak konsisten selepas sukar menyesuaik­an diri dengan sistem yang diterapkan pengurus dari Portugal itu.

Cemerlang bantu Perancis

Bagaimanap­un, prestasi cemerlang Pogba ketika Perancis menang ke atas Russia 3-1 dalam aksi pemanas badan Piala Dunia boleh membuka mata Mourinho untuk menyenarai­kannya semula dalam kesebelasa­n menentang Swansea apatah lagi selepas pemain muda Scotland, Scott Mctominay yang mengambil alih posisi pemain itu dalam tiga perlawanan sebelum ini mengalami kecederaan betis selepas tamat tugasan antarabang­sa.

Kemenangan di Russia dibantu salah satunya sepakan percuma menarik Pogba, jaringan pertama pemain itu sejak kali terakhir melakukann­ya ketika United menewaskan Newcaste dalam aksi liga pada pertengaha­n November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia