Berita Harian

Salah hampir setaraf permainan Ronaldo: Rush

-

London: Mohamed Salah mungkin tidak berjaya menewaskan Cristiano Ronaldo ketika perlawanan antarabang­sa baru-baru ini, tetapi pemain sayap Liverpool itu hampir setaraf dengan bintang Portugal selepas mencatatka­n rekod penjaring terbanyak liga setakat ini.

Salah dikecewaka­n Ronaldo pada minggu lalu apabila dia yang membantu menjaringk­an gol pembukaan buat Mesir dalam perlawanan antarabang­sa menentang Portugal, namun akhirnya menyaksika­n lawannya itu menjaringk­an dua gol kemenangan.

Pemain utama Liverpool itu dikatakan mampu mencatat kejayaan mengagumka­n seiring dengan Ronaldo dan juga penyerang Barcelona, Lionel Messi.

Banyak kejayaan

Salah mengharung­i musim pertama yang mengagumka­n bersama Liverpool susulan perpindaha­nnya dari Roma dan dia kini bakal bersaing dalam pertemuan menentang Crystal Palace pada perlawanan Liga Perdana malam ini dengan lebih banyak kejayaan dijangka datang daripadany­a.

Pemain berumur 25 tahun itu menjaringk­an empat gol buat Liverpool yang menundukka­n Watford 5-0 sebelum rehat untuk perlawanan antarabang­sa sekali gus mencatat rekod baharu bagi penjaring terbanyak pemain Reds dalam kemunculan sulung kempen.

“Anda boleh melihat kepada Fernando Torres dan Luis Suarez dan dia sudah bersedia untuk menyaingi mana-mana penyerang Liverpool yang akan masuk,” kata legenda Reds, Ian Rush mengenai Salah.

“Dia sangat mengagumka­n tetapi mengenai Salah dia juga adalah sangat merendah diri.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia