Berita Harian

V Shem janji pertahan pingat emas

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Goh V Shem-tan Wee Kiong optimis mampu menamatkan kemarau gelaran juara sejak 2016 pada saingan Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia yang disingkap tirainya secara rasmi Rabu ini.

V Shem berkata, misi mereka pada temasya kedua terbesar dunia itu ialah mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangi pada edisi empat tahun lalu di Glasgow, Scotland.

“Saya dan Wee Kiong berjanji akan memberikan aksi terbaik. Harapan kami hanya satu iaitu mempertaha­nkan emas di Glasgow empat tahun lalu,” kata V Shem ketika sidang media

(gambar)

menjelang Sukan Komanwel 2018 di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara di sini, semalam.

V Shem-wee Kiong yang mengalami kemerosota­n prestasi selepas menjulang gelaran Siri Super Akhir di Dubai pada Disember 2016 dipisahkan selama empat bulan, September lalu sebelum kembali digandingk­an awal tahun ini.

Pencapaian terbaik mereka tahun ini adalah muncul naib juara Malaysia Masters, Januari lalu.

Pasangan ranking ke-13 dunia itu terkandas di peringkat suku akhir Seluruh England, dua minggu lalu selepas tewas kepada beregu berpengala­man Denmark, Mathias Boe-carsten Mogensen.

Prestasi kian meningkat

V Shem berkata, biarpun mereka masih gagal muncul juara sejak Disember 2016, namun prestasi mereka semakin meningkat dan hanya kurang bernasib baik.

“Seperti di Seluruh England, kami sudah buat yang terbaik menentang Mathias Boe-mogensen tetapi nasib kami tidak baik. Saya percaya kami sudah menunjukka­n peningkata­n prestasi sejak kembali berganding­an pada Januari lalu.

“Kami percaya kami boleh akhiri kemarau gelaran juara tidak lama lagi,” kata V Shem yang meramalkan pasangan India dan England akan menjadi pencabar utama mereka dalam misi mempertaha­nkan emas di Gold Coast.

V Shem-wee Kiong turut akan menggalas cabaran Malaysia dalam acara berpasukan campuran yang juga hadir dengan misi mempertaha­nkan emas yang dimenangi di Glasgow.

Turut berada dalam skuad negara ialah jaguh perseorang­an lelaki, Datuk Lee Chong Wei, Sonia Cheah (perseorang­an wanita), Vivian Hoo-chow Mei Kuan (beregu wanita), Goh Soon Huat-shevon Lai Jamie (beregu campuran) dan Chan Peng Soon-goh Liu Ying (beregu campuran).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia