Berita Harian

‘7 emas belum mencukupi’

Kontinjen negara azam perbaiki pencapaian tahun 2014

- Oleh Devinder Singh

Ketua kontinjen negara, Huang Ying How mengakui tujuh pingat emas pun masih belum mencukupi untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok 10 teratas di Sukan Komanwel Gold Coast, bulan depan.

Selasa lalu, walaupun tidak meletakkan jumlah tepat, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Selasa lalu mengumumka­n sasaran bagi kontinjen negara di temasya itu ialah mengatasi pencapaian enam emas di Glasgow empat tahun lalu.

Khairy bagaimanap­un tidak menyatakan jumlah sasaran secara khusus dan tidak memberi bayangan sukan apa yang dijangka mampu menghadiah­kan kilauan emas itu.

Institut Sukan Negara (ISN) yang mengendali­kan Program Podium meletakkan sasaran 10 terbaik dalam senarai kutipan pingat pada temasya yang akan disingkap secara rasmi, Rabu ini tetapi ia hanya akan dapat dicapai sekiranya Malaysia meraih sekurangku­rangnya lapan emas.

Ying How menganggap jumlah kutipan yang perlu dicapai untuk berada dalam kelompok itu bergantung kepada situasi.

“Untuk berada dalam kelompok 10 terbaik adalah sukar dan tujuh emas pun tidak cukup untuk meletakkan kita di sana,” kata Ying How yang akan berangkat ke Gold Coast, esok.

“Saya sudah berbincang dengan menteri dan saya rasa kami seharusnya mampu memperbaik­i pencapaian pada tahun 2014. Tetapi dalam fikiran saya, tujuh emas tidak cukup.”

Saling membantu rakan

Jaguh berbasikal trek, Azizulhasn­i Awang mempunyai peluang untuk menyumbang emas pada 6 April hari kedua temasya - apabila dia beraksi dalam acara keirin.

Badminton, terjun dan boling padang juga disasarkan untuk meraih emas manakala mungkin Ketua kontinjen negara ada kejutan daripada gimnastik berirama, skuasy, menembak dan angkat berat.

Atlet angkat berat, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad berpotensi untuk menjelmaka­n emas pertama negara pada 5 April menerusi acara 56kg lelaki.

Ying How bagaimanap­un mahu atlet negara lebih memberi tumpuan kepada memperbaik­i catatan peribadi.

“Saya lebih suka menilai persembaha­n atlet secara individu. Khairul Hafiz Jantan mungkin tidak akan mara ke final 100m tetapi dia bertekad mahu menyamai atau memecahkan rekod kebangsaan.

“Bagi saya ia sesuatu yang positif jika dia berfikiran begitu,” katanya.

Ketika badminton dijangka menjadi penyumbang utama emas dan final invidu hanya akan berlangsun­g pada hari terakhir (15 April), kontinjen Malaysia mungkin tertekan dalam mencapai sasaran sepanjang tempoh 11 hari temasya berlangsun­g.

“Kita akan mencapainy­a dengan cara positif tanpa perlu meletakkan tekanan kepada atlet utama. Saya tidak mahu mengganggu mereka dengan sasaran.

“Kami akan menekankan tentang aspek positif dan memastikan setiap orang dalam kontinjen membantu satu sama lain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia