Berita Harian

Bibi korban rehat demi TRW

Pemain dituntut ubah sikap ke arah menuju kejayaan

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

“Saya hanya tidur tiga hingga empat jam sehari, selebihnya masa saya bekerja untuk pa- sukan Kelantan.”

Itu pengakuan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan mengenai usahanya dalam mengembali­kan semula kegemilang­an The Red Warriors (TRW).

Jika diimbas, sudah banyak perubahan berlaku terhadap TRW sejak usahawan wanita berusia 46 tahun itu mengambil alih tampuk kepimpinan badan induk itu, September lalu.

Bibi Ramjani berkata, beliau sudah membuat pembaharua­n terhadap pasukan dengan mengambil kira daripada pucuk pimpinan pengurusan sehingga ke akar umbi bagi memastikan perubahan terhadap masa depan bola sepak negeri itu.

Katanya, kini apa yang dituntut pihaknya hanya sokongan padu daripada penyokong serta usaha keras setiap pemain bermula pasukan belia hingga skuad Liga Super bagi menempa kejayaan musim ini.

Tunggakan gaji selesai

“Saya nak semua pemain tahu, saya sendiri sudah berkorban segala-galanya untuk pasukan bermula dengan menyelesai­kan beberapa masalah sehingga melunaskan hutang lama pemain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selain itu, penstruktu­ran semula bola sepak di peringkat daerah juga dilakukan dan dana kepada Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ) sudah diagihkan bagi memastikan kerja di peringkat akar umbi berjalan.

“Usaha itu diteruskan lagi dengan memastikan tiada sebarang masalah berlaku dalam pasukan termasuk memastikan tiada tunggakan gaji terhadap pemain kerana bagi saya tanggungja­wab majikan kepada pekerja amat penting.

“Namun, pemain perlulah menunjukka­n usaha bersungguh-sungguh dan tunjuk perubahan sikap ke arah menuju kejayaan kepada pasukan,” katanya.

 ??  ?? Bibi bersama peminat ketika majlis memperkena­lkan jersi baharu pasukan Kelantan bagi musim 2018.
Bibi bersama peminat ketika majlis memperkena­lkan jersi baharu pasukan Kelantan bagi musim 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia