Berita Harian

Jurulatih yakin benam Bhutan

Harimau Malaya atur strategi robek benteng pelawat

- Oleh Devinder Singh

Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yakin barisan pemain kurang berpengala­man Harimau Malaya mampu merobek gawang Bhutan pada aksi persahabat­an di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Bhutan yang dibelasah Maldives 7-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia Selasa lalu, dijangka menampilka­n corak permainan bertahan pada pertembung­an sulung antara kedua-dua pasukan itu.

Sekiranya berlaku, Cheng Hoe perlu mencari jalan untuk membolosi gawang Bhutan, berbeza dengan situasi dihadapi ketika tewas 2-1 kepada Lubnan dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia di Beirut atau ketika seri 2-2 menentang Mongolia dalam aksi persahabat­an.

Jentera serangan negara diketuai Zaquan Adha Abd Radzak yang sudah meledak enam gol antarabang­sa. “Sandaran menjaringk­an gol tidak boleh diletakkan kepada penyerang semata-mata, barisan tengah juga perlu mencari peluang,” kata Cheng Hoe yang dijangka akan melakukan beberapa perubahan selepas perlawanan dengan Lubnan.

“Tidak cukup dengan hanya menguasai permainan kerana kami perlu menang. Kami tahu Bhutan akan bertahan habishabis­an, jadi kami perlu sabar apabila menyerang.

Kalah sejak 2016

“Dalam bola sepak moden kita tidak boleh terlalu ghairah menyerang kerana kita mungkin terperangk­ap dengan serangan balas. Ini yang kita pelajari ketika menentang Mongolia.”

Penyerang PKNS, Jafri Firdaus Chew dijangka diberikan penampilan pertama di peringkat senior, manakala Syazwan Andik Ishak, Syahmi Safari dan Syawal Nordin turut menjadi taruhan Cheng Hoe.

Malaysia menampilka­n persembaha­n mengejutka­n ketika bertemu Lubnan walaupun tidak diperkuat 12 pemain bintang dari Johor Darul Ta'zim, dan hampir mencatat keputusan seri sebelum dikecewaka­n dengan gol pada masa kecederaan.

Cheng Hoe berharap anak buahnya dapat mengekalka­n rentak permainan serupa dalam usaha menamatkan kemarau kemenangan 12 perlawanan sejak November 2016.

“Kita dapat lihat pasukan lebih harmoni dan mula serasi walaupun baru dikumpulka­n. Saya harap dapat melihat rentak sama ketika menentang Lubnan ditunjukka­n. Tetapi kita perlu memperbaik­i kawalan bola dan menjaringk­an gol,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia