Berita Harian

PKNP tak gentar jumpa FELDA United

-

Kuala Lumpur: Pasukan PKNP FC melakar sejarah tersendiri pada penyertaan sulung dalam saingan Piala FA musim lalu selepas berjaya mara sehingga ke suku akhir, sebelum ditunjukka­n jalan keluar oleh juara 2017, Kedah.

Kecemerlan­gan itu diteruskan dalam saingan musim ini apabila skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim itu mudah mengatasi Kuantan FA 3-0 pada aksi pusingan ketiga, sekali gus mengesahka­n tempat di suku akhir untuk berdepan finalis 2014, FELDA United.

Bagi Abu Bakar, kemenangan adalah matlamat utama membolehka­n pasukannya mencatat satu lagi sejarah, namun menegaskan cabaran skuad The Fighters itu tidak boleh dipandang ringan terutama selepas pernah dikecewaka­n 4-5 pada peringkat sama dalam saingan Piala Malaysia 2017, meskipun meraih kemenangan 3-1 pada aksi pertama di laman sendiri.

“Kami sedar kekuatan dan kelebihan dimiliki pasukan FELDA United. Permainan mereka lebih tersusun berbanding musim lalu dan ia dibuktikan apabila tiada satu pasukan pun dapat menggugat mereka dalam saingan Liga Perdana setakat ini.

Hafiz belum pulih

“Kekuatan mereka (FELDA United) bukan sahaja terletak pada gandingan penyerang import, tetapi jentera di bahagian tengah dan sayap juga banyak memainkan peranan ketika menyerang. Jadi ia bukan satu tugas mudah untuk kami melepasi cabaran mereka nanti.

“Pemain (PKNP) perlu belajar daripada kesilapan lalu di mana kita mensia-siakan peluang keemasan mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas tewas 1-4 di tangan mereka meskipun mempunyai bekalan selesa,” katanya semalam.

Pada masa sama, Abu Bakar optimis dengan taktikal bertahan yang lebih berdisipli­n, barisan pemainnya mampu menyekat ancaman gandingan import FELDA United dari Brazil, Thiago Junio yang sudah meledak 12 gol sepanjang musim ini.

“Pemain perlu menunjukka­n semangat juang yang tinggi selain kekal berdisipli­n untuk menutup segenap ruang mereka (FELDA United) kerana sedikit saja kealpaan, ia pasti akan memberi kesan negatif kepada pasukan,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar memaklumka­n dua pemain, Mohammad Hafiz Ramdan dan Clovis Franklin kini terpaksa menjalani sesi pemulihan selepas mengalami kecederaan, namun optimis dua pemain itu kembali cergas menjelang pertembung­an pertama di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 7 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia