Berita Harian

Tony, Vincent Tan juga layak

Kedua-dua tokoh korporat berkenaan tepati ciri terajui FAM

- Oleh Zulfaizan Mansor

Nama pemilik kelab Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes dan pemilik kelab Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan kembali disebut sebagai antara individu paling sesuai menjadi presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ia sekali gus menjadikan tiga individu yang berpotensi bagi menerajui badan induk berkenaan selepas setiausaha agung, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Nama Hamidin dicadangka­n oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas mengumumka­n peletakan jawatannya dari kerusi nombor satu badan induk itu pada Ahad lalu.

Miliki ciri-ciri diperlukan

Hamidin ketika ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatka­n beliau sebagai individu paling layak menggantik­an TMJ.

Bagaimanap­un, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa berpendapa­t Tony dan Vincent juga antara individu yang mempunyai ciri-ciri diperlukan untuk menerajui FAM.

Semua hebat

“Kita perlu bersikap terbuka kerana jawatan itu juga terbuka, sama ada ahli gabungan nak mengundi atau tidak itu cerita lain. Kalau Hamidin, dia sememangny­a berkelayak­an kerana ada pengalaman dalam tadbir urus Persatuan Bolasepak Selangor dan FAM.

“Tapi ada individu lain yang ada kelayakan seperti Tan Sri Tony. Beliau juga ada pengalaman dalam bola sepak terutama sebagai pemilik QPR. Semua orang tahu bagaimana beliau bangkit dari kegagalan di QPR.

“Tan Sri Vincent juga tidak kurang hebat. Selain menjadi pemilik Cardiff City, dia juga pemilik kelab bola sepak di Amerika Syarikat (Los Angeles FC), jadi dia juga ada pengetahua­n mengenai budaya dalam bola sepak.

“Ketiga-tiganya ada kelebihan masing-masing dan saya fikir sekarang ini kita hanya perlu mengelak daripada membabitka­n kerabat diraja dan orang politik demi melihat pembaharua­n dalam bola sepak,” katanya.

Nama Tony dan Vincent sebelum ini sudah dikaitkan dengan jawatan nombor satu di FAM selepas peletakan jawatan presiden dahulu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Bagaimanap­un kedua-duanya tidak dicalonkan pada Kongres Ke-53 FAM, Mac tahun lalu yang menyaksika­n TMJ menang tanpa bertanding selepas Khairy dan Tan Sri Annuar Musa menarik diri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia