Berita Harian

CJ WOW SHOP

Unjur jualan RM200J akhir tahun

- Oleh Nora Mahpar

CJ WOW SHOP, destinasi membeli-belah pintar sehenti menyasarka­n pertumbuha­n jualan lebih kukuh sebanyak RM200 juta menjelang akhir tahun ini, berbanding RM130 juta yang direkodkan pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kim Yang Hyun, berkata ia didorong oleh penawaran pelbagai produk termasuk kelengkapa­n rumah, barangan elektrik, produk kecantikan dan fesyen.

Katanya, sejak dilancarka­n pada 2016, CJ WOW SHOP menambah penawaran produk daripada 27 kepada 450 produk pada ketika ini dan merekodkan lebih 650,000 pelanggan.

“Kami sangat teliti dalam memilih produk dan hanya yang benar-benar berkualiti dan terbaik ditawarkan kepada pelanggan CJ WOW SHOP,” katanya ketika ditemui sempena majlis ‘2 Tahun, Lebih WOW!’ di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, selebriti Yana Samsudin dilantik sebagai duta ‘2 Tahun, Lebih WOW!’ selepas berjaya mencipta rekod menjual lebih 200 unit Athira Pendant Habib Jewel dalam tempoh 22 minit.

Karnival beli-belah

Sempena sambutan ulang tahun itu, orang ramai berpeluang menyertai karnival beli-belah menerusi saluran CJ WOW SHOP termasuk televisyen, dalam talian dan aplikasi mudah alih selama sebulan mulai 1 April.

Setiap pembelian, pelanggan akan menerima ‘Beg WOW’, beg mesra alam edisi terhad secara percuma yang direka khas oleh Yana Samsudin.

Mengulas lanjut, Kim berkata, pencapaian 2017 yang memberangs­angkan meningkatk­an lagi keyakinann­ya untuk berkembang bersama rakan niaga yang menyediaka­n produk hebat.

Katanya, pada masa ini, sebanyak 70 peratus daripada produk yang dijual adalah jenama tempatan termasukla­h Mugen, Riino, Elba, Habib Jewel dan Ariani.

“Kerjasama rapat dengan syarikat kecil dan sederhana sentiasa menjadi keutamaan kerana CJ WOW SHOP adalah platform pemasaran menyeluruh untuk membantu perniagaan mencapai potensi pasaran yang luas.

“Akan datang, kami akan terus meningkatk­an khidmat pelanggan serta pengalaman membeli-belah secara keseluruha­n bagi menyokong strategi pertumbuha­n syarikat,” katanya.

CJ WOW SHOP adalah kerjasama antara Media Prima Bhd dengan CJO Shopping Co Ltd dari Korea Selatan.

 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ?? Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid (dua dari kiri) bersama Yang Hyun (tiga dari kiri) pada majlis ‘2 Tahun, Lebih WOW!’ di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid (dua dari kiri) bersama Yang Hyun (tiga dari kiri) pada majlis ‘2 Tahun, Lebih WOW!’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia