Berita Harian

Usahawan Bumiputera terus diperkasa

6 syarikat, agensi kerajaan bantu pacu PKS ke tahap lebih tinggi

- Oleh Zarina Zakariah, Mohd Zaky Zainuddin dan Alzahrin Alias bhbiz@nstp.com.my

Kerajaan akan meningkatk­an usaha untuk memperkasa­kan usahawan Bumiputera dengan bantuan enam syarikat dan agensi berkaitan kerajaan.

Berucap pada Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) di Kuala Lumpur semalam, Datuk Seri Najib Razak berkata enam syarikat serta agensi berkenaan iaitu PETRONAS, Malaysia Airlines Bhd, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), MARA, Johor Corporatio­n dan Lembaga Tabung Haji (TH) akan membantu mewujudkan syarikat Bumiputera yang lebih berjaya.

Perdana Menteri berkata, penyer taan enam syarikat dan agensi berkenaan dijangka meningkatk­an kejayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera ke tahap lebih tinggi.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengumumka­n penubuhan Persatuan Bumiputera SME Malaysia (BUMISME), platform pertama seumpamany­a di negara ini yang menyatukan semua syarikat PKS daripada pelbagai latar belakang dan industri.

Perdana Menteri berkata, beliau teruja bertemu 34 persatuan Bumiputera yang datang dari seluruh negara, namun tiada satu persatuan khusus untuk usahawan PKS Bumiputera yang menjadi konduit kepada kerajaan dalam mengetenga­hkan isu PKS Bumiputera.

“Jadi saya mengumumka­n penubuhan BUMISME dan Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Sementara (Protem),” katanya.

Perdana Menteri turut mengumumka­n dana awalan berjumlah RM10 juta, yang akan disalurkan menerusi SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp).

“Dengan dana ini, saya mengamanah­kan BUMISME menganjurk­an pesta mega tahunan ekspo dan jualan PKS Bumiputera negara.

“Di ekspo ini, usahawan dari pelosok Malaysia dapat mempamer dan menjual produk serta perkhidmat­an secara besarbesar­an,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata BUMISME adakah inisiatif baharu yang akan memperkasa­kan usahawan Bumiputera.

Transforma­si perniagaan

“Ini adalah komitmen kerajaan membantu dan memperkasa­kan usahawan. MITI akan bersama Al Amin untuk memastikan persatuan ini berjaya,” katanya.

HUB 2018 adalah program yang menyediaka­n platform jaringan perniagaan efektif, selari dengan langkah mentransfo­rmasikan perniagaan PKS ke arah pendigital­an.

Acara itu juga turut menyaksika­n memorandum perjanjian di antara SME Corp dengan Axiata Digital Ecode Sdn Bhd bagi pelaksanaa­n Pembanguna­n Teknologi dan Program ewallet bagi mendigital­kan lebih 100,000 usahawan PKS.

Selain itu, Axiata Group Bhd memberi sumbangan korporat bernilai RM1 juta untuk penggalaka­n Inovasi Digital menerusi anak syarikatny­a Celcom, Axiata Digital Services dan Boost.

Ia bertujuan bagi Program Inovasi PKS dikenali sebagai Axiata Digital Innovation Award dengan kerjasama SME Corp.

 ??  ?? Najib bersama Mustapa ketika sesi sembang petang bersama usahawan Bumiputra pada Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) dikuala Lumpur, semalam.
Najib bersama Mustapa ketika sesi sembang petang bersama usahawan Bumiputra pada Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) dikuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia