Berita Harian

Tiga kesan buruk jika mansuh GST

Kenaikan cukai, peningkata­n defisit, penguranga­n perbelanja­an untuk rakyat antara risiko

- Oleh Nurhayati Abllah

Malaysia bakal berdepan tiga kesan buruk jika pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dimansuhka­n, sekali gus akan membebanka­n rakyat pada masa hadapan.

Tiga kesan berkenaan termasuk kenaikan cukai, meningkatk­an kadar hutang negara (defisit) atau terpaksa mengurangk­an perbelanja­an untuk kepentinga­n rakyat dan pembanguna­n negara.

Ahli Ekonomi Kanan (Kemiskinan dan Ekuiti) Bank Dunia, Kenneth Simler, berkata jika pelaksanaa­n GST dimansuhka­n, lebih membimbang­kan ketiga-tiga langkah itu terpaksa dilakukan untuk memastikan hasil negara tidak terjejas.

“Sama ada realistik atau tidak (langkah berkenaan) ia mungkin satu langkah drastik walaupun sebelum ini ia tidak pernah dibuat.

Sumber pendapatan negara

“Memang GST hanya dilaksanak­an tiga tahun lalu di Malaysia, tetapi apa yang dapat dipastikan daripada pelaksanaa­nnya, ia memberi sumber pendapatan kepada negara ini,” katanya selepas sesi panel perbincang­an dan ulasan pembentang­an Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai ekonomi Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama pada sesi itu, Pengarah Jabatan Dasar Monetari BNM, Dr Norhana Endut; Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Tan Sri Dr Mohd Munir Majid; Ketua Penyelidik RAM Rating Services Bhd, Kristina Fong dan Ketua Penyelidik Serantau Asia Tenggara Standard Chartered Bank Singapura, Edward Lee.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Lee berkata, ringgit dijangka lebih kukuh antara RM3.70 hingga RM3.75 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada separuh kedua tahun ini.

“Berdasarka­n anggaran kami, dolar AS masih terlebih nilai dan ringgit pula antara mata wang di rantau ini yang berada di bawah nilai.

Kesan minimum

“Bagaimanap­un, sukar untuk menentukan sama ada ringgit berbanding dolar AS boleh mencapai nilai saksama ataupun tidak,” katanya.

Mengulas mengenai kebimbanga­n ‘perang perdaganga­n’ antara AS dan China, beliau berkata, Malaysia hanya mengalami kesan tidak langsung dan amat minimum.

“Malah, Malaysia beroleh manfaat positif kesan daripada isu itu kerana negara ini adalah antara pengekspor­t utama untuk dua kuasa dunia itu.

“Jadi, ia menunjukka­n Malaysia mungkin mendapat peluang untuk membekalka­n barangan untuk kedua-dua negara,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaska­n jika tarif disasarkan hanya kepada China, mungkin ada ada keperluan AS untuk mencari kapasiti berbeza dan ia memberi kesan positif untuk Malaysia.

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH] ?? Mohd Munir (tengah) mempengeru­sikan sesi panel perbincang­an dan ulasan pembentang­an Gabenor Bank Negara Malaysia mengenai ekonomi Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam bersama ahli panel dari kiri, Simler, Norhana, Fong dan Lee.
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH] Mohd Munir (tengah) mempengeru­sikan sesi panel perbincang­an dan ulasan pembentang­an Gabenor Bank Negara Malaysia mengenai ekonomi Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam bersama ahli panel dari kiri, Simler, Norhana, Fong dan Lee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia