Berita Harian

RM50J bantu PKS Bumiputera kukuh e-dagang

-

Kerajaan memperuntu­kkan RM50 juta bagi melaksanak­an inisiatif WIRA edagang Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) kepada 10,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera dalam tempoh tiga tahun.

Ia sejajar komitmen agenda agenda memperkasa­kan usahawan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera khususnya dalam bidang pendigital­an.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata inisiatif yang akan diuruskan bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), SME Corp dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) ini bertujuan menglobalk­an syarikat Bumiputera berasaskan e-dagang.

“Ekonomi digital adalah agenda penting negara terutama kepada PKS Bumiputera yang juga penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 40 peratus.

Ambil peluang inovasi

“Ekonomi digital kini menjadi teras utama dalam pembanguna­n masa hadapan Bumiputera. Dalam menghadapi arus perubahan, kita harus mengambil peluang untuk berinovasi, menyesuaik­an diri dan perniagaan mengikut kehendak pasaran.

“Jika sekarang perniagaan hanya tertumpu kepada pasaran tempatan, sudah tiba masanya kembangkan sayap memasuki pasaran antarabang­sa,” katanya pada Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018 anjuran SME Corp di Kuala Lumpur, semalam.

Najib berkata, platform digital DFTZ adalah landasan betul bagi membolehka­n usahawan menyertai dan meluaskan perniagaan merentasi sempadan.

Katanya, kerajaan menyasarka­n 10,000 syarikat PKS menyertai platform DFTZ menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, sehingga ini kerajaan sudah mengagihka­n RM77 bilion melalui semua agensi dalam pembanguna­n ekonomi Bumiputera.

“Antaranya adalah dana Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM19 bilion, TEKUN Malaysia sebanyak RM5 bilion dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) sebanyak RM3 bilion,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia