Berita Harian

Prestasi Bursa Malaysia terbaik rantau Asia Pasifik

Catat kenaikan tertinggi akhir suku pertama 2018

- Oleh Amir Hisyam Rasid dan Ayisy Yusof bhbiz@nstp.com.my

Bursa Malaysia mengakhiri suku pertama 2018 dengan pencapaian kenaikan tertinggi dalam kalangan bursa utama Asia Pasifik.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) juga mengatasi indeks utama di rantau Eropah dan Amerika untuk berada di tangga kedua selepas indeks pasaran saham utama Brazil, Bovespa ketika ini.

FBM KLCI naik 4.82 peratus atau lebih 60 mata setakat ini. Indeks itu naik 7.11 mata atau 0.38 peratus kepada 1,863.46 pada Jumaat.

Penganalis­is menjangkak­an bursa tempatan meneruskan rali walaupun pasaran global yang tidak stabil, mencecah paras tertinggi 1,897 mata selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, dengan syarat parti pemerintah Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa.

Nestle Malaysia Bhd mengetuai keuntungan pasaran utama pada 49.71 peratus tahun ini, diikuti oleh Sime Darby Bhd (19.46 peratus) dan Public Bank Bhd (17.20 peratus).

Kenaikan dalam indeks FBM KLCI, yang sebahagian besarnya didominasi oleh sektor perbankan, namun sebahagian­nya diimbangi oleh Astro Malaysia Holdings Bhd.

Astro mencatatka­n prestasi terburuk dengan jumlah pulangan terkini pada -24.53 peratus, diikuti oleh Press Metal Aluminum Holding Bhd dan KLCCP Stapled Group.

Pasaran ekuiti catat lebihan

Bursa Malaysia mencatatka­n lebih RM175 bilion bagi semua pasaran ekuiti pada suku pertama tahun ini, lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ia juga menyaksika­n hampir 200 bilion unit diperdagan­gkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Ketua penyelidik­an InterPacif­ic Research, Pong Teng Siew, berkata prestasi bursa tempatan pada suku pertama tahun ini sebahagian­nya didorong oleh prestasi kukuh pada Januari.

“Rali indeks utama bermula pada pertengaha­n Disember 2017 dan kemudian berterusan sehingga Januari 2018. Pada Februari dan Mac tahun ini, saham tidak agresif kerana pasaran global sangat tidak menentu,” katanya.

Rangsangan positif

Beliau berkata, pasaran saham tempatan pada umumnya mendapat rangsangan positif menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

“Coraknya agak sama seperti PRU ke-13 pada 2013. Dalam tempoh dua bulan sebelum pilihan raya, pasaran saham mula naik walaupun pada akhir tahun sebelumnya pasaran saham agak lemah,” katanya.

Pong berkata, pengukuhan ringgit dan pemulihan harga minyak juga membantu meningkatk­an prestasi bursa tempatan pada masa depan.

“Pasaran akan menaik dengan kukuh sekitar 1,897 mata. Ia akan mencecah rekod itu selepas pilihan raya. Nampaknya ia akan berlaku,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia