Berita Harian

Cukai lebih baik lonjak hasil negara

-

Jumlah hasil negara meningkat 3.8 peratus kepada RM220.4 bilion pada tahun lalu disokong oleh hasil cukai yang lebih baik selaras dengan peningkata­n pematuhan cukai.

Kementeria­n Kewangan dalam satu kenyataan semalam, berkata defisit fiskal negara juga dikurangka­n secara konsisten daripada 6.7 peratus berbanding keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2009 kepada 3.0 peratus pada 2017.

Katanya, hasil kejayaan itu dicapai menerusi pelaksanaa­n Program Transforma­si Fiskal (FTP) bagi terus mengukuhka­n kedudukan kewangan negara.

“Program ini juga adalah bagi menyediaka­n ruang fiskal yang mencukupi untuk melaksanak­an langkah kitaran balas (counter-cyclical) bagi menangani impak negatif daripada cabaran global.

“Dasar fiskal kekal menyokong langkah untuk meningkatk­an daya tahan dan daya saing ekonomi negara, serta memastikan kesejahter­aan rakyat dan penyampaia­n perkhidmat­an awam yang berkualiti.

“Kerajaan terus komited melaksanak­an langkah konsolidas­i fiskal ke arah mencapai bajet hampir berimbang pada 2020,” katanya.

Pelbagaika­n sumber hasil

Kerajaan juga katanya, telah mempelbaga­ikan sumber hasil dan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada hasil berkaitan petroleum di mana peratusan kepada jumlah hasil telah berkurang dengan ketara daripada 41.3 peratus pada 2009 kepada 15.7 peratus pada 2017.

Selain itu katanya, kerajaan telah membendung pertumbuha­n perbelanja­an di mana jumlah perbelanja­an meningkat kecil sebanyak 4.1 peratus kepada RM262.6 bilion.

“Seterusnya, jumlah perbelanja­an sebagai peratusan kepada KDNK menunjukka­n trend penurunan daripada 20.5 peratus pada 2016 kepada 19.4 peratus pada 2017 yang mencermink­an usaha berterusan meningkatk­an kecekapan perbelanja­an.

“Sektor sosial yang merangkumi 38 peratus daripada jumlah perbelanja­an kekal sebagai penerima terbesar perun- tukan terutamany­a dalam subsektor pendidikan, latihan dan kesihatan.

“Sektor awam terus mengimbang­i aktiviti sektor swasta dalam menjana pertumbuha­n ekonomi melalui perbelanja­an pembanguna­n terutamapr­ojek infrastruk­tur dalam meningkatk­an keupayaan dan keterangku­man ekonomi,” katanya.

Tambahnya, kerajaan persekutua­n terus membiayai perbelanja­an pembanguna­n menerusi pinjaman daripada pasaran domestik.

Pada akhir 2017, hutang kerajaan berjumlah RM686.8 bilion atau 50.8 peratus daripada KDNK, kekal di bawah had 55 peratus yang ditetapkan.

“Daripada jumlah ini, hutang dalam negeri kekal sebagai komponen terbesar meliputi 96.9 peratus, mengehadka­n pendedahan kepada risiko tukaran asing.

“Berikutan sasaran defisit fiskal lebih rendah pada 2018, paras hutang dijangka akan terus berkurang kepada sekitar 50 peratus daripada KDNK pada akhir 2018,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia