Berita Harian

Pembinaan rumah mampu milik belum mencukupi

Laporan BNM dedah wujud ketidakpad­anan harga jualan kediaman, tahap kemampuan pembeli

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 yang diterbitka­n oleh Bank Negara Malaysia (BNM) minggu ini menyaksika­n dalam tempoh sembilan bulan pertama 2017, jumlah nilai transaksi perumahan mencatat pertumbuha­n tahunan 2.6 peratus.

Jumlah urus niaga perumahan mencatatka­n penurunan yang lebih kecil sebanyak 6.1 peratus.

Penyumbang utama pertumbuha­n transaksi pembelian rumah adalah rumah berharga lebih RM500,000 dalam pasaran utama dan sekunder.

Harga rumah purata seperti yang diukur oleh Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) terus meningkat sederhana, iaitu kirakira tujuh peratus pada separuh pertama tahun 2017.

Sementara itu, laporan bank pusat itu mendapati bilangan unit rumah yang tidak terjual meningkat pada kadar tahunan sebanyak 22.7 peratus kepada 129,052 unit pada akhir bulan September 2017.

Unit rumah tak terjual

Lebih 80 peratus daripada unit rumah yang tidak terjual berharga RM250,000 dan ke atas. Kebanyakan unit ini ialah harta kediaman bertingkat tinggi, terutama di kawasan yang terletak jauh dari pusat ekonomi utama dan juga mempunyai kemudahan pengangkut­an awam yang terhad.

“Ini mencermink­an ketidakpad­anan harga jualan rumah yang dibina dan tahap kemampuan kebanyakan isi rumah,” kata BNM dalam laporan itu.

Antara tahun 2013 hingga bulan Oktober 2017, sebanyak 123,103 unit rumah mampu milik telah dibina oleh kerajaan, manakala lebih sejuta unit rumah berada dalam pelbagai peringkat pembinaan atau perancanga­n.

Kerajaan juga telah mengumumka­n pembekuan pembanguna­n harta kediaman mewah baharu untuk mengimbang­kan semula bekalan dalam pasaran harta kediaman.

“Walau bagaimanap­un, bekalan rumah mampu milik yang akan disiapkan masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan isi rumah yang semakin tinggi,” katanya.

Sejak Januari 2016 hingga September 2017, hanya 24 peratus daripada pelancaran rumah baharu (25,124 unit termasuk yang dibina oleh pemaju swasta) ialah rumah yang berharga di bawah RM250,000.

Jumlah ini tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan kira-kira satu pertiga isi rumah Malaysia yang hanya mampu membeli rumah pada harga itu.

Ketidakpad­anan ini diburukkan lagi oleh peningkata­n yang lebih perlahan dalam pendapatan isi rumah median (CAGR 2012-2016: 9.6 peratus) berbanding dengan harga rumah median (15.6 peratus).

Rangkaian pengangkut­an awam

Keadaan ini telah menyebabka­n rumah sangat tidak mampu dimiliki di kawasan tertentu di negara ini (untuk maklumat terperinci tentang kemampuan memiliki rumah, rujuk http:// www.housingwat­ch.my/02_ market_03_affordabil­ity.html).

Justeru, laporan itu mencadangk­an, selain menyediaka­n bekalan rumah mampu milik yang secukupnya, penting juga untuk memastikan pembanguna­n projek perumahan mampu milik dibuat di lokasi yang mempunyai rangkaian pengangkut­an awam yang baik.

“Contohnya, pendekatan berorienta­sikan transit dalam pembanguna­n bandar, yang menekankan rangkaian hubungan pengangkut­an awam antara projek perumahan mampu milik dengan pusat pekerjaan utama, akan menambah baik akses dan meringanka­n beban kewangan berkaitan dengan keperluan untuk memiliki kenderaan.

“Di negara yang menunjukka­n kemajuan ketara dalam menangani isu kemampuan memiliki rumah, pembinaan rumah mampu milik telah disokong oleh adanya pangkalan data bersepadu yang merangkumi bekalan rumah mampu milik dan permintaan terhadapny­a,” katanya.

Bekalan rumah mampu milik yang akan disiapkan masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan isi rumah yang semakin tinggi” Laporan BNM

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia