Berita Harian

Panahome kukuh kedudukan di Malaysia

Syarikat jalin kerjasama dengan pemaju tempatan bangun bandar pintar

- Oleh Nabil Basaruddin

Panahome Corporatio­n (PanaHome) cabang perniagaan hartanah Panasonic Corporatio­n (Panasonic) berhasrat untuk mengukuhka­n kehadirann­ya di rantau Asia Tenggara berdasarka­n permintaan segmen perumahan yang meningkat, khususnya di Malaysia.

Cabang perniagaan Panahome di Malaysia dikendalik­an dengan kerjasama bersama pemaju hartanah tempatan yang membangunk­an projek hartanah Hillpark yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Pengarah Urusan Bahagian Perniagaan Luar Negara Panahome, Kazuhiko Tanaka berkata, meski- pun perniagaan luar negara masih mempunyai sumbangan yang kecil kepada kumpulan, pihaknya yakin dengan pasaran hartanah di rantau ini.

Beliau berkata, di Malaysia, PanaHome sudah memulakan projek perumahan dengan menggunaka­n kaedah Wall Precast Concrete (W-PC) iaitu pembinaan oleh panel konkrit pratuang yang dihasilkan di kilang terlebih dahulu untuk kualiti yang lebih tinggi.

Tumpuan strategik

“Pasaran perumahan di Malaysia bernilai kira-kira AS$22 bilion (RM85.96 bilion) yang mana ia adalah tumpuan strategik bagi projek pembanguna­n perbandara­n termasuk rumah.

“Menerusi teknologi yang dibawa dari Jepun dan disesuaika­n dengan keadaan di Asia, kaedah W-PC hanya memerlukan tempoh pembinaan yang lebih singkat iaitu mengurangk­an tempoh pemasangan struktur sehingga tiga bulan.

“Selain W-PC, kami turut melengkapk­an rumah yang dibina dengan sistem pengudaraa­n dengan teknologi PURETECH bagi mengekalka­n udara bersih dari dalam rumah,” katanya pada taklimat semasa lawatan media bersempena sambutan ke-100 Panasonic di Osaka, baru-baru ini.

Asia Tenggara mempunyai saiz pasaran hartanah kediaman yang bernilai kira-kira AS$324 bilion (RM1.27 trilion) yang mana pada 2015 sahaja, 3.91 juta rumah dibina di rantau berkenaan.

Projek perumahan Hillpark yang dibangunka­n oleh Panahome itu membabitka­n pembinaan 490 unit rumah teres dua tingkat ?untuk Fasa 7A dan 7B yang mana 233 unit telah diserahkan kepada pemiliknya dan baki selebihnya pada Mac 2019.

Bagi Fasa 1 projek sama, Panahome Malaysia turut membangunk­an sebanyak 682 unit rumah teres dua tingkat yang dijangka siap sepenuhnya pada Julai tahun depan di samping projek lain iaitu Tropicana Aman 3, juga di Selangor.

Tahan lasak

Tanaka berkata, kaedah yang digunakan itu adalah lebih cekap dan efisien memandangk­an ia mempunyai panel yang terdiri daripada lapan lapisan menjadikan­nya lebih tahan lasak berbanding bata biasa.

Menurutnya, selain teknologi W-PC dan PURETECH, pihaknya turut menawarkan Living Design Package iaitu sistem cekap tenaga pendingin hawa, sistem keselamata­n rumah dan sistem simpanan ruang dapur.

“Tujuan kami adalah untuk mewujudkan perbandara­n pintar yang mengintegr­asikan teknologi dan penyelesai­an Panasonic yang disesuaika­n mengikut iklim dan peraturan yang ditetapkan oleh negara yang mempunyai kehadiran kami,” katanya.

 ??  ?? Cheria Residences yang dibangunka­n Tropicana Corporatio­n Bhd dengan kerjasama Panahome Malaysia Sdn Bhd.
Cheria Residences yang dibangunka­n Tropicana Corporatio­n Bhd dengan kerjasama Panahome Malaysia Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia