Berita Harian

IOI Properties wujud platform komuniti tingkat khidmat

-

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) mewujudkan satu platform untuk pembabitan komuniti secara atas talian menerusi aplikasi ‘IOI Community’.

Inisiatif berkenaan adalah selaras dengan fokus Kumpulan IOI dalam memupuk hubungan komuniti yang mampan dan mewujudkan persekitar­an yang kondusif untuk bekerja, mendiami dan beriadah (Stay, Work and Play).

Aplikasi IOI Community akan meningkatk­an komunikasi dengan pelanggan di samping memanfaatk­an maklum balas pelanggan dalam masa sebenar.

Ia bertujuan memberikan perkhidmat­an pelanggan yang cepat dan menggunaka­n analisis data untuk terus meningkatk­an mutu penyampaia­n produk dan perkhidmat­an.

Kekalrelev­an

Pengarah Eksekutif IOIPG, Lee Yoke Har, berkata ia adalah keperluan untuk syarikat maju ke hadapan dan kekal relevan selaras perkembang­an industri 4.0, selain penggunaan teknologi hartanah atau Proptech yang semakin meningkat dalam kehidupan seharian.

“Matlamat utama kami adalah untuk memberikan lebih kemudahan, lebih pantas dan lebih banyak komunikasi secara peribadi serta platform penyampaia­n perkhidmat­an yang mampu memenuhi gaya hidup masyarakat kota yang aktif,” katanya dalam satu kenyataan barubaru ini.

Menerusi pembabitan aktif IOI Community dan kakitangan, IOIPG mengguna pakai teknologi dalam mengurus operasi dan hubungan pelanggann­ya.

Aplikasi IOI Community membolehka­n komunikasi dua hala antara pihak pengurusan hartanah penduduk.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi tersebut termasuk e-bil, pemeriksaa­n status bayaran penyelengg­araan, tempahan kemudahan, pengurusan pelawat, laporan kecacatan, notifikasi auto untuk pengumuman, e-perpustaka­an serta senarai penyedia perkhidmat­an seperti tukang paip, kontraktor penyaman udara dan renovasi.

Guna aplikasi

Aplikasi ini kini boleh digunakan untuk komuniti Clio Residences, Sierra 6 dan Almyra Residences.

Katanya lagi, IOIPG merancang untuk mengguna pakai aplikasi ini untuk komuniti Conezion, N‘dira dan Sky Condominiu­m dalam tempoh dua bulan akan datang.

“Penduduk menghargai aplikasi IOI Community kerana mereka boleh mendapatka­n maklumat terkini, memeriksa status akaun mereka dan memaklumka­n ketidaksem­purnaan unit mereka walaupun selepas waktu perniagaan.

“Ia amat berguna bagi mereka yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk melakukan urusan tersebut semasa waktu pejabat,” katanya.

Aplikasi IOI Community boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store.

 ??  ?? Aplikasi IOI Community
Aplikasi IOI Community
 ??  ?? akan digunakan untuk komuniti Conezion.
akan digunakan untuk komuniti Conezion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia