Berita Harian

PDB sasar 9 juta pemegang kad Mesra hujung tahun

Peningkata­n dipacu kempen serta tawaran ganjaran menarik untuk pelanggan

- Oleh Sofyan Rizal Ishak

Petronas Dagangan Bhd (PDB) menyasarka­n peningkata­n dua juta pemegang kad Mesra PETRONAS menjelang hujung tahun ini dipacu melalui penganjura­n pelbagai kempen dan promosi untuk pelanggan setianya.

Ketua Perniagaan Runcitnya, Aadrin Azly, berkata peningkata­n dua juta pemegang itu akan menjadikan jumlah keseluruha­n pemegang kad Mesra PETRONAS sebanyak sembilan juta menjelang Disember ini berbanding tujuh juta sekarang.

“Kami melihat sasaran ini mampu dicapai meskipun dalam situasi kos sara hidup yang semakin meningkat, berikutan kami turut menawarkan ganjaran menarik bagi pemegang kad Mesra PETRONAS seperti tawaran tiga kali mata ganjaran bagi setiap liter minyak dibeli,” katanya pada majlis penyampaia­n hadiah bagi pemenang kempen ‚Fuelling Prosperity‘ di Serdang, semalam.

Tawar mata ganjaran

Kad Mesra PETRONAS adalah program kesetiaan pelanggan PDB yang menawarkan penebusan mata ganjaran segera untuk setiap pembelian petrol atau barangan yang dijual di Kedai Mesra.

Sementara itu, PDB memberi ganjaran kepada hampir 9,000 pemenang kempen ‘Fuelling Prosperity’ bersempena promosi Tahun Baru Cina, baru-baru ini dengan lebih dua juta penyertaan diterima bagi sepanjang tempoh kempen yang bermula 12 Februari hingga 15 Mac lalu.

Ia menyaksika­n Lim Po Fook menjadi pemenang hadiah utama bagi kempen itu di mana beliau membawa pulang kad hadiah PETRONAS berjumlah RM8,888 iaitu bersamaan nilai pengisian minyak petrol untuk tempoh dua tahun.

Aadrin berkata, kempen terbabit menawarkan lapan pemenang dengan kad hadiah PETRONAS bernilai RM888 setiap satu, 88 pemenang lagi menerima 8,800 mata ganjaran Mesra, manakala 8,888 pemenang menerima 800 mata ganjaran Mesra yang mana setiap 100 mata ganjaran Mesra bersamaan RM1.

Menurutnya, PDB memastikan bahawa mekanisma bagi kempen itu adalah ringkas dan mudah, manakala hadiah yang ditawarkan adalah praktikal dan bermakna kepada semua pelanggan dan pemegang kad Mesra Petronas.

“Saya percaya setiap pemenang tentu gembira dan dapat memanfaatk­an hadiah yang diterima dengan pengisian petrol, sekali gus dapat mengurangk­an sedikit kos sara hidup,” katanya.

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Aadrin (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang kempen ‘Fuelling Prosperity’ di Serdang, semalam.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Aadrin (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang kempen ‘Fuelling Prosperity’ di Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia