Berita Harian

Pasaran Tokyo terajui kenaikan di Asia

-

Saham Jepun mengetuai pasaran di Asia pada Jumaat, naik lebih tinggi berikutan rali di Wall Street tetapi majoriti pasaran Asia ditutup sempena cuti Hari Easter.

Selain itu, ketegangan yang semakin kendur di semenanjun­g Korea, dengan Korea Selatan dan Korea Utara menetapkan tarikh untuk sidang kemuncak membabitka­n keduadua negara, sesuatu yang jarang berlaku, pada April, juga mendorong sentimen pelabur.

Antara beberapa pasaran dagan gan di Asia, Tokyo ditutup 1.4 peratus lebih tinggi, Seoul meningkat 0.4 peratus dan Shanghai menambah 0.3 peratus.

Pasaran kewangan di Australia, India, Indonesia, Filipina, Singapura, New Zealand dan Hong Kong ditutup sempena cuti umum.

“Ketegangan yang semakin kendur membabitka­n Korea Utara telah... menyumbang kepada peningkata­n sentimen pelabur,” kata Toshihiko Matsuno dari bahagian maklumat pelabur SMBC Nikko Securities.

Saham Jepun juga mengikut petunjuk dari Wall Street di mana rali dalam saham teknologi mendorong indeks Dow Jones untuk ditutup lebih tinggi 1.1 peratus menjelang hujung minggu yang panjang sempena cuti hari Easter.

Walaupun berlaku kenaikan pada Khamis di Wall Street, Dow jones dan S&P 500 ditutup dengan kerugian pada suku ini. S&P 500 merosot 1.2 peratus, kerugian pertama sejak suku ketiga 2015.

Tetapi peniaga di Amerika Syarikat dan Eropah bercuti pada hujung minggu yang panjang dalam suasana yang memberangs­angkan walaupun penganalis­is menyatakan beberapa lantunan bagi kegiatan mengambil keuntungan daripada saham teknologi selepas minggu merugikan.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Paparan skrin menunjukka­n harga saham di pasaran Tokyo melonjak berikutan rali di Wall Street, semalam.
[FOTO HIASAN] Paparan skrin menunjukka­n harga saham di pasaran Tokyo melonjak berikutan rali di Wall Street, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia