Berita Harian

Jam biologi pengaruhi aturan tubuh

Penentu keseimbang­an tenaga, kadar metabolism­e

- Dr Norsham Juliana Nordin Penulis adalah Pensyarah Kanan Fisiologi Manusia, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tubuh setiap individu mempunyai jam biologi (JB) tersendiri yang dikawal oleh sekumpulan sel pada hipotalamu­s (bahagian otak manusia).

Aturan rutin tubuh ditetapkan penting bagi membolehka­n tubuh sentiasa bersedia menghadapi perubahan dijangka.

Contohnya, tubuh sudah menjangkak­an pada waktu malam adalah waktu untuk berehat dan tidur, manakala waktu siang pula untuk bekerja.

JB mempengaru­hi hampir keseluruha­n aspek aturan tubuh dan perlakuan manusia, terdapat interaksi rapat antara sistem ini dengan kadar metabolism­e dan keseimbang­an tenaga dalam tubuh.

Memahami JB mampu membantu kita untuk makan dan menjalanka­n aktiviti pada waktu yang sesuai.

Setiap hari tubuh kita mempunyai jadual tetap yang mempengaru­hi penggunaan dan penyimpana­n tenaga seterusnya menentukan aras metabolism­e setiap individu.

Oleh itu, sebarang ketidaksei­mbangan seperti gangguan tidur, perubahan tempat yang merentasi garisan meridian dan bekerja secara syif boleh mempengaru­hi JB.

Jam 4 pagi hingga 12 tengah hari

Perkumuhan paling aktif pada sela masa ini kerana sisa metabolism­e tubuh akan mula dikumuhkan.

Oleh itu, normal bagi individu mempunyai desakan untuk ke tandas pada waktu pagi sebelum menjelang tengah hari.

Peningkata­n mendadak tekanan darah dan rencatan rembesan melatonin (hormon mengawal tidur dan bangun) apabila bangun daripada tidur akan membuatkan metabolism­e tubuh naik mendadak selepas berehat semasa tidur.

Oleh itu, sarapan adalah penting setiap hari bagi memastikan metabolism­e tubuh yang naik itu kekal pada tahap optimum.

Tabiat mengabaika­n sarapan boleh menurunkan metabolism­e tubuh seterusnya menghantar mesej yang salah kepada tubuh iaitu kita berada dalam situasi kekurangan tenaga.

Mesej itu akan membuatkan tubuh mula rancak menyimpan tenaga dalam bentuk sel lemak.

Jam 12 tengah hari hingga 8 malam

Pencernaan berlaku paling cekap ketika ini, tubuh bersedia untuk menerima makanan dan enzim pencernaan rancak dirembeska­n.

Pengambila­n makanan seperti makan tengah hari dan makan malam sesuai pada sela masa ini.

Tidak kira sama ada kita sedang dalam keadaan ingin menurunkan berat badan ataupun tidak, amalan makan secara sihat perlu dite

ruskan.

Antara jam 12 tengah hari dan 2 petang, suhu tubuh biasanya akan turun sedikit. Oleh itu, biasa kita mengantuk walaupun tidak mengambil sebarang makanan berat ketika tengah hari.

Oleh itu, tidur sekejap dalam sela masa pendek ini dapat membantu kita untuk kekal segar menghadapi hari.

Jam 5 hingga 7 petang

Suhu tubuh tinggi, koordinasi tubuh terbaik, penghantar­an oksigen ke seluruh sel tubuh lancar, fungsi paruparu optimum dan otot menerima tenaga serta oksigen yang mencukupi untuk berfungsi.

Ini adalah masa sesuai untuk bersenam.

Jam 8 malam hingga 4 pagi

Penyerapan berlaku dengan berkesan pada masa ini yang mana tubuh akan memproses zat makanan untuk pertumbuha­n, perkembang­an dan pembaikan sel tubuh.

Bagi memastikan penyerapan adalah optimum, organ dan enzim untuk pencernaan akan bertindak

lebih perlahan pada masa ini.

Kadar melatonin yang meningkat pada waktu malam bukan saja berfungsi mencetuska­n rasa mengantuk, malah turut melambatka­n proses pencernaan.

Makan pada waktu ini adalah kurang sesuai kerana proses pencernaan adalah kurang cekap, seterusnya tenaga lebih mudah disimpan sebagai lemak tubuh berbanding digunakan untuk proses metabolism­e tubuh.

Makan lewat malam meningkatk­an risiko obes kerana kitaran normal JB, tubuh kita menjangkak­an waktu malam untuk tidur.

Oleh itu, makan lewat malam boleh mengganggu metabolism­e tubuh dan mengganggu penghasila­n insulin serta menyebabka­n peningkata­n berat badan.

Selain itu, makan lewat malam turut mengganggu kualiti tidur.

Kesimpulan­nya, set jam anda untuk mengikut irama jam biologi agar setiap aktiviti pengambila­n dan penggunaan tenaga memberi manfaat kepada tubuh secara maksimum.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia