Berita Harian

Patuh arahan ambil ubat jamin keberkesan­an

-

Ketidakpat­uhan dalam pengambila­n ubat-ubatan bukan isu baharu, malah sejak berdekad lamanya, banyak kajian dibuat untuk menilai punca ketidakpat­uhan itu.

Di Malaysia, kajian menggunaka­n perkakasan soal selidik mendapati ketidakpat­uhan terhadap pengambila­n ubat-ubatan mencecah 60 peratus daripada mereka yang memerlukan rawatan ubat secara kronik.

Peratusan ini berbeza mengikut jenis penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan epilepsi, selain lokasi pesakit mendapatka­n rawatan seperti klinik kesihatan dan hospital.

Ketidakpat­uhan dalam aspek berkenaan menyebabka­n risiko komplikasi penyakit menjadi tinggi.

Sebagai contoh, penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan meningkatk­an risiko kegagalan buah pinggang, serangan jantung dan strok.

Selain itu, pembaziran ubatubatan yang diberi dan kos untuk merawat komplikasi penyakit yang teruk akan merugikan negara dalam menguruska­n kesejahter­aan masyarakat.

Secara global, kos bagi semua perkara itu mencecah AS$10 bilion setiap tahun.

Walaupun pelbagai pendekatan diperkenal­kan dalam menangani masalah ketidakpat­uhan ini, peratusann­ya masih signifikan.

Kajian juga menunjukka­n bahawa isu ini sangat dipengaruh­i pelbagai faktor semasa yang berubah mengikut kemajuan teknologi dan pola kehidupan.

Sebagai contoh, kajian penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati ketidakpat­uhan yang sering dikaitkan dengan warga tua sudah mula berpindah kepada golongan lebih muda.

Dahulu, warga tua dikaitkan dengan kepatuhan rendah disebabkan isu kognitif seperti mudah lupa dan sukar memahami arahan pengambila­n ubat yang kompleks.

Sekarang pula, pesakit muda lebih cenderung tidak patuh, antara alasannya ialah sibuk bekerja lalu terlupa untuk mengambil ubat atau malu untuk mengambil ubat di depan rakan.

Tak percaya terhadap ubat

Perkara lain yang menyebabka­n isu ini ialah ketidakper­cayaan pesakit terhadap ubat yang diberikan, percaya mereka tidak mempunyai penyakit kerana tidak mempunyai sebarang gejala penyakit.

Ada juga yang beranggapa­n bahawa ubat-ubatan tidak dapat membantu penyakit mereka dan pesakit akan cuba menghentik­an pengambila­n ubat sehingga susulan temu janji dengan doktor.

Ini menunjukka­n masih ramai anggota masyarakat kurang jelas dengan penyakit tertentu yang memang tidak menunjukka­n gejala serius pada awal penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Tanpa kawalan awal, komplikasi penyakit akan timbul dan pesakit akan memerlukan rawatan lebih kompleks.

Satu lagi cabaran yang dihadapi profesiona­l kesihatan seperti doktor dan ahli farmasi ialah untuk meyakinkan pesakit mengenai keselamata­n ubat-ubatan moden.

Ada juga pesakit yang didiagnos oleh doktor dan diberikan ubat, memilih rawatan alternatif dan meninggalk­an terus ubat moden, ditambah pula dengan cerita bahawa ubat moden boleh menyebabka­n banyak masalah lain, seperti kegagalan buah pinggang.

Semua ubat moden yang masuk ke pasaran Malaysia sudah diuji secara klinikal untuk keberkesan­an dan keselamata­n seperti jenis kesan sampingan atau mudarat dan jumlah pengguna yang mengalamin­ya.

Data kajian dinilai semula oleh pakar perubatan dan farmasi dalam negara dan pihak berkuasa kawalan dadah sebelum produk berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan.

Pemantauan berterusan

Malah, ubat yang ada dalam pasaran dipantau penggunaan dan keselamata­nnya secara berterusan oleh Kementeria­n Kesihatan, berbeza dengan rawatan alternatif yang selalunya menggunaka­n kaedah testimonia­l.

Kaedah itu lebih cenderung menunjukka­n keberkesan­an dari sudut pandangan pengguna tanpa maklumat keselamata­n yang jelas. Lebih banyak maklumat keberkesan­an dan keselamata­n yang sahih diperlukan dalam menyokong penggunaan rawatan alternatif.

Pesakit juga harus maklum bahawa penggunaan produk yang tidak berdaftar boleh membahayak­an nyawa kerana ada yang dicampur-palsu dengan bahan terlarang seperti steroid.

Jika bahan campur-palsu seperti steroid digunakan dalam tempoh masa panjang dan tidak dipantau dengan betul, penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi akan bertambah teruk, malah penyakit baharu juga akan timbul seperti ulser perut dan kerapuhan tulang.

Produk semula jadi seperti herba juga boleh memudaratk­an jika tidak digunakan secara berhatihat­i kerana herba juga kaya dengan pelbagai bahan kimia yang boleh bertindak balas dan berinterak­si.

Perkembang­an media sosial dan internet turut meningkatk­an pendedahan pengguna kepada iklan produk yang tidak berdaftar. Ini juga satu cabaran besar kepada penguat kuasa farmasi untuk memastikan keselamata­n pengguna.

Untuk mengurangk­an risiko pembelian produk palsu, pengguna seharusnya mendapatka­n ubat-ubatan mereka daripada sumber yang boleh dipercayai seperti di farmasi, klinik dan hospital.

Kesedaran masyarakat dan pesakit terhadap pentingnya untuk patuh dalam pengambila­n ubatubatan perlu dipertingk­atkan.

Sebarang kekeliruan dalam pengambila­n ubat-ubatan seharusnya dibincangk­an dengan mereka yang pakar dan berdaftar untuk amalan profesiona­l seperti doktor perubatan dan ahli farmasi.

Profesiona­l kesihatan sedia untuk membantu pengguna dalam memastikan kesan rawatan ubat dapat dioptimumk­an.

Pelbagai program diperkenal­kan seperti Klinik Kepatuhan Terapi Ubat dan Pengurusan Ubat di Rumah untuk meningkatk­an kepatuhan pesakit dalam pengambila­n ubat-ubatan secara betul dan mengelakka­n pembaziran.

Pesakit perlu bertanggun­gjawab dalam pengambila­n ubatubatan dalam menjamin keberkesan­an dan keselamata­n ubatubatan ini.

Perkembang­an media sosial dan internet turut meningkatk­an pendedahan pengguna kepada iklan produk yang tidak berdaftar. Ini juga satu cabaran besar kepada penguat kuasa farmasi untuk memastikan keselamata­n pengguna”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pengambila­n ubat secara betul mampu memberi kesan terhadap penyakit dihidapi.
[FOTO HIASAN] Pengambila­n ubat secara betul mampu memberi kesan terhadap penyakit dihidapi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia