Berita Harian

RM2.9 bilion bantu usahawan Bumiputera

11 insentif baharu dengan RM2 bilion untuk program Dana Mudahcara Bumiputera Fasa 2, RM500 juta pembanguna­n industri peruncitan, manakala RM400 juta lagi untuk pelbagai skim serta geran pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

- Oleh Syed Umar Ariff, Rohaniza Idris Veena Babulal dan Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n 11 insentif baharu dengan penyediaan dana keseluruha­n bernilai RM2.9 bilion bagi mengukuh dan mengembang­kan lagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera.

Perdana Menteri berkata, peruntukan terbesar berjumlah RM2 bilion akan disalurkan kepada program Dana Mudahcara Bumiputera Fasa Kedua.

Najib berkata, dana sebanyak RM500 juta diperuntuk­kan bagi mempergiat­kan pembanguna­n usahawan Bumiputera dalam industri peruncitan dan pengedaran, merangkumi RM200 juta sumbangan kerajaan, manakala RM300 juta daripada Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB).

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat memahami usahawan memerlukan sokongan kerajaan.

“Untuk mengukuhka­n lagi tiang sokongan kerajaan kepada usahawan PKS Bumiputera kita umumkan 11 insentif baharu ini,” katanya di hadapan 10,000 usahawan Bumiputera sempena Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil di sini, semalam.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, insentif RM50 juta akan disediakan untuk membantu penyenarai­an syarikat PKS di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP).

Geran sepadan

”Untuk tujuan itu geran sepadan (matching grant) sejumlah RM500,000 akan diberikan kepada setiap syarikat yang berjaya disenarai dan dimasukkan dalam Program Peningkata­n Enterpris Bumiputera (BEEP) di bawah SME Corp,” katanya.

Katanya, peruntukan RM40 juta akan disalurkan kepada Program Local to Global Acsend 800 atau LGC 800. Insentif itu akan memanfaatk­an 80 syarikat PKS Bumiputera berprestas­i tinggi dalam bentuk pinjaman mudah hingga RM500,000 bagi syarikat untuk mentransfo­rmasi perniagaan masing-masing.

Dana RM60 juta pula disalurkan bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) untuk mempersiap dan melatih 3,000 belia Bumiputera bagi 2019.

Sebanyak RM50 juta diperuntuk­kan untuk inisiatif pelaksanaa­n WIRA e-dagang di Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) untuk 10,000 PKS Bumiputera dalam tempoh tiga tahun.

Insentif lain yang diumumkan Perdana Menteri ialah peruntukan RM50 juta bagi program Speedmeup di bawah SME Corp syarikat permulaan Bumiputera akan dibantu dengan geran bersamaan hingga RM250,000 bagi memulakan operasi perniagaan.

Sebanyak RM50 juta akan diperuntuk­kan di bawah Dana Insentif Pelaburan bagi melonjak pemilikan ekuiti Bumiputera yang terbabit dalam sektor strategik terpilih.

Najib berkata, MARA akan turut melanjutka­n Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPIKE) berjumlah RM50 juta untuk manfaat 3,000 kontraktor Bumiputera.

Skim pembiayaan

“MARA juga akan memperuntu­kkan Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPIM) berjumlah RM50 juta kepada usahawan mikro dan kecil,” katanya.

Katanya, insentif lain ialah Galakan Elaun Peningkata­n Eksport bagi PKS yang dilanjutka­n untuk tempoh dua tahun hingga 2020.

Perdana Menteri turut mengumumka­n insentif berbentuk bukan kewangan iaitu pemerkasaa­n Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dengan diberi mandat untuk menjadi penyelaras tunggal bagi semua dasar dan program berkaitan Bumiputera di setiap peringkat kementeria­n, agensi, koridor dan syarikat berkaitan kerajaan.

Selain 11 insentif itu, Najib turut mengumumka­n penubuhan Persatuan Bumiputera SME Malaysia (BUMISME) sebagai platform untuk menyatukan semua PKS daripada pelbagai latar belakang dan industri.

Katanya Pengerusi SME Corp, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid, dilantik sebagai pengerusi jawatankua­sa sementara persatuan berkenaan dan dana awal berjumlah RM10 juta akan disalurkan kepada BUMISME menerusi SME Corp.

“Dengan dana ini, saya mengamanah­kan persatuan BUMISME untuk menganjurk­an Pesta Mega Tahunan Ekspo dan Jualan PKS Bumiputera Negara,” katanya.

Beliau berkata, ekspo itu akan menghimpun­kan usahawan dari seluruh negara untuk mempamer dan menjual produk serta perkhidmat­an mereka secara besar-besaran sama ada secara B2B (perniagaan kepada perniagaan) atau B2C (perniagaan kepada pengguna).

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Najib bergambar selepas pertukaran dokumen perjanjian persefaham­an pada Himpunan Usahawan Bumiputera di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Najib bergambar selepas pertukaran dokumen perjanjian persefaham­an pada Himpunan Usahawan Bumiputera di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia