Berita Harian

LEBIH 300,000 PENGGUNA TERJEJAS

PAIP PECAH DI LEBUH RAYA MRR2, HULU KELANG

- Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar cnews@nstp.com.my

Dianggarka­n 300,000 penduduk meliputi 63 kawasan perumahan sekitar Gombak dan Ampang, mengalami gangguan air sementara, susulan kejadian paip pecah di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan Dataran Ukay, Hulu Kelang, pagi semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam 5 pagi itu, berpunca daripada kerja naik taraf lebuh raya di situ, turut mengakibat­kan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan dan Komunikasi Korporat Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Abdul Raof Ahmad, berkata bekalan air akan pulih sepenuhnya secara berperingk­at sebelum tengah malam tadi.

“Bekalan air sudah mula pulih sejak siang tadi (semalam) secara berperingk­at, namun ada 33 lagi kawasan yang masih mengalami gangguan air sementara,

“Gangguan bekalan air ini ada- lah yang kedua terbesar dialami pengguna setakat ini. Kami mencuba sedaya upaya mempercepa­tkan proses baik pulih paip berkenaan yang dijangka siap tengah malam ini,” katanya ketika dihubungi NSTP, malam tadi.

Kawasan terjejas

Kawasan yang terjejas adalah Kampung Pasir; Taman Kelab Ukay; Taman Bukit Mulia; Taman Sering Ukay; Tinjani Ukay; Taman Ukay Seraya; Taman Ukay Tropika; Taman Beverly Height; Taman Bukit Jubina; Taman Pinggiran Ukay; seluruh Taman Bukit Antarabang­sa; Taman Wangsa Ukay; Taman Bukit Mewah; Taman Bukit Utama; Taman Bukit Jaya; Taman Puncak Bukit Utama; Kampung Sungai Sering; Taman Villa Sri Ukay; Taman Sri Ukay dan Taman Hill View.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah Bukit Madona Hulu Kelang; Taman Ukay Height; Taman Ampang Jaya; Kuala Ampang; Hotel Flamingo; Hospital Ampang Puteri; Taman TAR; Hill Side Estate; Kampung Dato Mufti; Taman Ampang Indah; Taman Bukit Indah; Taman TTDI Jaya Bukit Indah Ampang; Taman DAR; Taman Ampang Utama; Kampung Melayu Ampang; Taman Grandview Ampang; Kampung Baru Ampang; Bandar Baru Ampang; Apartment Mesra Ria dan Apartment Mesra Prima.

Kawasan lain ialah Apartment Mesra Villa; Taman Kosas; Taman Rasmi Jaya; Taman Uda Jaya; Taman Perwira Ampang; Taman Sri Ampang; Taman Watan; Taman Halaman Kesuma; Taman Dagang Permai; Taman Bukit Ampang; Kampung Muhibah Ampang; Ampang Waterfront; Aeon Big Ampang; Kampung Tasik Permai; Kampung Ampang Indah; Kampung Indah Permai; Kampung Ampang Campuran; Taman Faizura Ampang; Taman Permai Jaya Ampang; Kampung/taman Tasek Tambahan; Taman Sri Bayu Ampang; Taman Sri Baru Ampang; dan Pasar Kampung Tasik Permai.

Kejadian itu mengganggu urusan harian penduduk kawasan yang terjejas, selain pengguna jalan raya yang berdepan kesesakan teruk ekoran limpahan air di atas jalan raya ekoran paip pecah.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Pasir, Mohd Rozi Yusop, berkata kawasan perumahann­ya mengalami gangguan bekalan air sejak tengah hari semalam.

“Selepas solat Jumaat, kawasan perumahan saya sudah tiada air dan kami hanya bergantung kepada air tangki sahaja. Kami dimaklumka­n bekalan air akan pulih selepas jam 3 pagi.

“Gangguan bekalan air ini menjejaska­n aktiviti harian penduduk termasukla­h ketika menguruska­n jenazah seorang penduduk di sini siang tadi. Mujur bekalan air yang tinggal cukup untuk menyempurn­akan proses memandikan jenazah,” katanya malam tadi.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Ukay Bistari, Datuk Gazali Mohamad, berkata dia terpaksa mengambil cuti dari bekerja ekoran kesesakan lalu lintas teruk akibat kejadian itu.

“Pagi tadi, saya tersangkut di dalam kesesakan trafik hampir 1 jam akibat paip pecah yang dialami, hingga memaksa saya mengambil cuti. Jalan teramat sesak,

“Ramai jiran turut mengalami nasib sama dan lewat ke tempat kerja. Malah ada yang terpaksa kerja separuh hari.” katanya.

Gangguan bekalan air ini adalah yang kedua terbesar dialami pengguna setakat ini. Kami mencuba sedaya upaya percepatka­n proses baik pulih paip berkenaan yang dijangka siap tengah malam ini ” Abdul Raof Ahmad, Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan dan Komunikasi Korporat Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Kejadian paip bocor di Lebuhraya MRR2 arah Ulu Kelang ke Ampang menyebabka­n penduduk mengalami gangguan bekalan air.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Kejadian paip bocor di Lebuhraya MRR2 arah Ulu Kelang ke Ampang menyebabka­n penduduk mengalami gangguan bekalan air.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia