Berita Harian

ELAUN ANGGOTA, PEGAWAI ASKAR WATANIAH NAIK

Pembayaran mulai tarikh sama kenaikan anggota RELA

- Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop dan Farah Suhaidah Othman

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumka­n kenaikan elaun Askar Wataniah dari RM7.80 kepada RM9.80 sejam bagi pegawai dan RM6 kepada RM8 sejam bagi anggota.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kenaikan elaun itu sebagai menghargai jasa dan pengorbana­n pegawai dan anggota Askar Wataniah yang juga benteng pertahanan negara.

“Saya umumkan bagi pihak Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan elaun Askar Wataniah dinaikkan dengan rasminya.

“Pembayaran mulai (tarikh sama) Perdana Menteri umumkan kenaikan elaun RELA (Jabatan Sukarelawa­n Malaysia), ertinya mana-mana pegawai yang bertugas sebelum tarikh itu harus dibayar penuh mengikut

Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

elaun diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gelombang Askar Wataniah (GAW) Zon Tengah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) di sini semalam.

Yang hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

GAW yang dicetuskan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein bertujuan membangkit­kan semangat patriotism­e dalam kalangan belia, pelajar dan Briged Sukarela Khidmat Negara (BSKN) melalui penyertaan mereka dalam Askar Wataniah.

Bagi zon tengah itu, seramai 4,000 peserta menyertai GAW yang diadakan selama dua hari berakhir hari ini di sekolah berkenaan.

Ahmad Zahid dalam ucapannya turut menyifatka­n individu yang cuba mengaitkan pembinaan Kem Hutan Melintang sebagai permainan politik Barisan Nasional (BN) adalah bersifat naif.

Ubah stigma masyarakat

Sementara itu, berucap pada Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-228 dan Hari Antidadah Kebangsaan Ke-35 di Arena Merdeka, di Tapah, Ahmad Zahid berkata stigma masyarakat terhadap penjara perlu diubah kerana ia bukan hanya untuk menghukum tetapi juga sebagai pusat pemulihan yang turut memberi akses pendidikan dan pencapaian akademik kepada banduan.

Beliau berkata memang penjara adalah tempat menghukum tetapi jika hukuman tidak menyebabka­n pemulihan dan banduan tidak kembali menjadi anggota masyarakat, bererti koreksiona­l yang dijalankan gagal.

Beliau berkata, pemulihan perlu dilakukan kerana tidak mahu penjara menjadi ‘sekolah’ untuk belajar jenayah, iaitu mereka yang melakukan jenayah ringan, belajar di penjara melakukan jenayah berat daripada banduan yang melakukan kesalahan lebih berat sekali gus menyebabka­n masyarakat akan menerima ‘graduan’ yang keluar penjara dan melakukan jenayah lebih serius.

Ahmad Zahid berkata, Jabatan Penjara juga wajar melakukan beberapa perubahan seperti mewujudkan maahad tahfiz.

“Maahad tahfiz ini bukan untuk warden, bukan untuk pegawai penjara tetapi untuk banduan supaya mereka yang menjalani hukuman lama boleh belajar dan menghafal alquran di mana mustahil kalau sudah hafiz akan buat jenayah lagi,” katanya.

Beliau berkata, di Johor banduan yang menghafal 30 juzuk al-quran turut diberi elaun oleh kerajaan negeri sebanyak RM1,000 sebulan dan apabila selesai menjalani hukuman diberikan jawatan sebagai imam masjid serta diberi elaun lain pula.

Ahmad Zahid berkata, peningkata­n taraf akademik di kalangan pesalah muda dan juvana juga sentiasa ditambah baik dan ia terbukti dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang mencatatka­n kejayaan apabila 92.3 peratus atau 144 daripada 156 calon pesalah juvana layak mendapat sijil.

Pembayaran mulai (tarikh sama) Perdana Menteri umumkan kenaikan elaun RELA, ertinya mana-mana pegawai yang bertugas sebelum tarikh itu harus dibayar penuh mengikut elaun diberikan”

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? Ahmad Zahid dan Zambry bergambar bersama Askar Wataniah pada Program Gelombang Askar Wataniah Zon Tengah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk, semalam.
[FOTO L MANIMARAN/BH] Ahmad Zahid dan Zambry bergambar bersama Askar Wataniah pada Program Gelombang Askar Wataniah Zon Tengah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia