Berita Harian

AHLI PPBM PERSOAL KETULENAN DOKUMEN DIHANTAR KEPADA ROS

-

Muhamad, mendakwa mereka mengesyaki dokumen membabitka­n mesyuarat cawangan dan bahagian yang diserahkan kepada ROS pada Khamis lalu, adalah palsu.

Beliau berkata, tidak mungkin kepemimpin­an parti itu boleh menyiapkan dokumen terbabit memandangk­an PPBM tidak pernah mengadakan mesyuarat pada peringkat bahagian dan cawangan.

Tak pasti ketulenan

“Kami tidak pasti mengenai (ketulenan) laporan kewangan, tetapi jika membabitka­n laporan mesyuarat cawangan serta bahagian, itu kami sangat tahu.

“Mana ada mesyuarat di cawangan dan bahagian. Bukan saja di Selangor, rakan kami di Pulau Pinang, Kedah serta Kelantan juga menyatakan mereka tidak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat PPBM.

“Jadi, laporan apa yang dihantar kepada ROS? Saya percaya ini satu bentuk penipuan kepada ROS dan pengkhiana­tan kepada ahli PPBM seluruh negara,” katanya pada sidang media di sini, semalam, yang turut dihadiri ahli PPBM Shah Alam, Tanjong Karang dan Sepang.

Kelmarin, PPBM dalam kenyataann­ya, berkata parti itu sudah menyerahka­n dokumen membabitka­n minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta penyata kewangan parti seperti yang dituntut ROS pada Khamis lalu jam 2.45 petang.

Pada 16 Mac lalu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengakui parti itu tidak dapat memenuhi dua daripada sembilan perkara dituntut ROS, iaitu laporan mesyuarat bahagian dan cawangan kerana ia belum dan tidak dapat dilaksanak­an.

Mohd Azimin berkata, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya, perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Manipulasi fakta mesyuarat

“Pada kami, ini satu manipulasi fakta mesyuarat, pemalsuan minit mesyuarat cawangan dan bahagian serta jenayah kerana menipu jabatan kerajaan.

“Jika ini pembohonga­n, pasti ROS akan mengambil tindakan serius terhadap PPBM. Jika sesuatu terjadi pada parti, adakah kami (ahli) akan jadi peminta simpati atau sedekah kepada parti lain dalam Pakatan Harapan?

“Adakah kami akan menumpang DAP atau PKR? Kami ahli PPBM, bukan peminta sedekah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, ahli parti digesa membuat laporan polis berhubung perkara itu, dan dia sendiri akan membuat laporan polis, Selasa depan.

 ??  ?? Mohd Azimin (tengah) bersama ahli PPBM pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
Mohd Azimin (tengah) bersama ahli PPBM pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia