Berita Harian

PM tekad teruskan legasi bapa

Laksana pembanguna­n untuk semua lapisan masyarakat

- Oleh Amin Ridzuan Ishak dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

Datuk Seri Najib Razak berazam meneruskan legasi Allahyarha­m Tun Abdul Razak yang melaksanak­an pembanguna­n menyeluruh dan menyentuh semua lapisan masyarakat terutama golongan bawahan serta luar bandar.

Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa mengingatk­an dirinya supaya legasi ayahandany­a melaksanak­an pembanguna­n secara inklusif dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan FELDA yang diasaskann­ya ketika menjadi Perdana Menteri kedua.

“FELDA dekat di hatinya, belum ada pemimpin menyimpan model rumah pertama FELDA di pekarangan rumah, sampai beliau hendak meninggal dunia pun dia berpesan supaya ia dikekalkan dan mengingatk­an semua, termasuk saya bahawa pembanguna­n FELDA di luar bandar adalah teras perjuangan­nya.

“Kita sebagai generasi seterusnya wajib teruskan perjuangan­nya, bukan saja kita patut mendoakann­ya tetapi mahu perjuangan diasaskann­ya hidup membara sampai bila-bila.

“Jadi, kita perlu merencana program tambahan sebab dunia sentiasa berubah, dunia 60-an dan 70-an tidak sama dengan hari ini kerana persekitar­an berubah tetapi semangat serta perjuangan tidak berubah sampai bila-bila, sebaliknya dijadikan azimat untuk teruskan perjuangan,” katanya berucap merasmikan program Jimat Belanja Dapur (JBD) peringkat kebangsaan di Bandar Dara Chini, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Tempelak syor pembangkan­g

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut menempelak cadangan pembangkan­g mahu membatalka­n perjanjian dibuat dengan China jika mengambil alih pemerintah­an pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dibimbangi bakal menjejaska­n negara, termasuk peneroka dan pekebun kecil sawit.

“Mungkin dulu (peneroka FELDA) bertanya ada apa hubungan dengan dunia luar seperti China dan kesan dalam kehidupan seharian, misalnya di (FELDA) Chini atau Yan (Kedah). Sebenarnya, dunia sekarang tiada sempadan dan proses globalisas­i berlaku pantas.

“Contoh mudah, peneroka FELDA keluarkan sawit dan hasilnya siapa beli? Kalau bukan 1.3 bilion orang di China dan satu bilion orang di India yang sudah tentu meningkatk­an harga, yang untung adalah anda semua.

“Jangan dengar cakap pembangkan­g mahu batalkan semua kontrak dengan China, jika batal tentu China tidak mahu beli sawit menyebabka­n harganya merudum.

“Di bawah pimpinan kini, hubungan dengan China baik dan apabila buat keputusan, saya fikir mengenai orang FELDA Chini dan Yan,” katanya.

Sehubungan itu, Najib berkata, rakyat perlu terus menyokong Barisan Nasional (BN) kerana mempunyai agenda berbeza dengan pembangkan­g yang ada pemimpinny­a pernah memimpin negara kini semakin berusia.

“Saya mahu memperkasa­kan FELDA, beri pesawah padi...lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dapat RM2.7 bilion sehingga 2020 sebab Tun Razak mula dengannya.

“Enam insentif untuk peneroka FELDA sudah diumumkan dan paling disambut baik pembayaran tunai RM5,000 yang terus masuk ke akaun, bayaran khas RM1,500 juga diberi kepada imam, bilal serta siak,” katanya.

Sementara itu, berucap pada Program Lawatan Kerja dan Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Parlimen Pekan di Sekolah Kebangsaan Kampung Simpai, Najib berkata, kerajaan akan terus membantu dan mengangkat martabat masyarakat Orang Asli di negara ini supaya seiring bangsa lain.

Bantuan kepada Orang Asli

Beliau berkata, pelbagai bantuan diberi kepada Orang Asli melalui dasar kerajaan seperti menaik taraf rumah, kemudahan jalan, bekalan air dan elektrik serta pendidikan.

“Dalam susah senang BN bersama masyarakat Orang Asli dan kita bukan seperti pembangkan­g yang datang sekali seumur hidup, sekadar meraih sokongan,” katanya.

Najib turut mengumumka­n beberapa projek untuk masyarakat Orang Asli di Pahang termasuk bekalan bekalan air di perkampung­an Orang Asli membabitka­n kos RM61.5 juta.

Katanya, untuk fasa pertama, 14 kampung di lima daerah terbabit dalam projek itu bagi kerja baik pulih dan penyambung­an bekalan air.

“Bagi Parlimen Pekan, empat kampung terbabit dalam projek ini iaitu Kampung Selingkong, Kampung Api Larat, Kampung Tasek Mentiga dan Kampung Simpai.

“Selain itu, syarikat Feilo Sylvabia memperuntu­kkan RM100,000 bagi pemasangan 3,000 unit lampu LED di 15 sekolah di Pekan termasuk sekolah di kawasan Orang Asli,” katanya.

Jangan dengar cakap pembangkan­g mahu batalkan semua kontrak dengan China, jika batal tentu China tidak mahu beli sawit menyebabka­n harganya merudum” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Najib bersalaman dengan masyarakat Orang Asli Masyarakat Orang Asli Parlimen Pekan, semalam. pada Program Lawatan Kerja dan Ramah Mesra Bersama
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Najib bersalaman dengan masyarakat Orang Asli Masyarakat Orang Asli Parlimen Pekan, semalam. pada Program Lawatan Kerja dan Ramah Mesra Bersama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia