Berita Harian

Aplikasi Pasar Tani sedia maklumat jual murah

-

Pekan: Datuk Seri Najib Razak semalam melancarka­n Program Jimat Belanja Dapur peringkat kebangsaan dalam usaha membantu rakyat membeli barang keperluan pada harga lebih murah berbanding pasaran.

Program berkenaan di bawah kendalian FAMA yang sama dengan Program Jualan Sentuhan Rakyat anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an.

“Menerusi program ini, sebanyak 27 barangan yang dijual dengan harga lima hingga 20 peratus (lebih murah) berbanding harga pasaran, contohnya kubis, yang biasanya dijual RM3.50 sekilogram di pasaran dijual RM2, telur sepapan biasa dijual RM11 di sini di jual RM8.50.

“Malah ayam di sini dijual seekor RM10 sedangkan harga biasa RM8 hingga RM9 sekilogram dan kita banyak lagi barangan yang dijual dengan harga murah dan lebih ramai rakyat kita harap dapat menerima faedah ini,” katanya ketika berucap merasmikan Program di Padang Awam Bandar Dara, Chini di sini, semalam.

Aplikasi Pasar Tani

Program itu dilaksanak­an di 718 outlet jualan Pasar Tani, 426 Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR), 110 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M), 6 Myfarm Outlet serta di program Mybest Buy (NBOS) di seluruh negara.

Pada majlis sama, Najib turut melancarka­n Pusat Khidmat Setempat@pasar Tani dan Aplikasi Pasar Tani yang dilengkapi maklumat asas seperti lokasi, masa operasi, produk menarik, harga semasa produk serta promosi jualan di Pasar Tani.

Pelancaran aplikasi yang pertama seumpama itu adalah satu nilai tambah dalam perkhidmat­an FAMA bagi menyebar luas maklumat berkaitan pasar tani kepada pengguna.

Pengguna boleh menikmati kemudahan itu dengan memuat naik aplikasi tersebut secara percuma di ‘Google Store’ dan ‘Apple Store.

Suri rumah, Tengku Rosmarini Tengku Jaapar, 35, berkata memang berbaloi berbelanja di program JBD itu kerana harga barang murah dan dapat menjimatka­n perbelanja­an terutama untuk mereka yang berkeluarg­a besar.

Tengku Rosmarini, dari FELDA Chini 4, berkata beliau mengambil kesempatan berkunjung ke jualan itu di Bandar Dara Chini, dekat sini, bagi membeli barangan keperluan harian seperti beras, sayur dan ayam.

“Harganya memang murah contohnya hari ini saya dapat beli tiga biji petola hanya dengan harga RM2, di luar sana sebiji dalam RM2, banyak lagi barangan murah, sebab itu ramai yang datang.

Peneroka FELDA Chini 2, Abd Hamid Wahab, 69, mencadangk­an supaya jualan murah itu diadakan dua minggu sekali di setiap kawasan terutama di luar bandar dan kampung seperti di gugusan FELDA Chini.

“Buat lebih banyak program seperti ini di luar bandar kerana ia memberi manfaat dan pilihan kepada pengguna mendapatka­n barangan keperluan dengan harga murah,” katanya.

 ??  ?? Tengku Rosmarini Tengku Jaapar
Tengku Rosmarini Tengku Jaapar
 ??  ?? Abd Hamid Wahab
Abd Hamid Wahab

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia