Berita Harian

Kena tipu RM235,000 masuk universiti

-

Bentong: Polis menahan seorang wanita berusia 39 tahun kerana memperdaya warga emas dengan menawarkan peluang anaknya melanjutka­n pelajaran ke universiti awam hingga kerugian RM235,000.

Suspek ditahan di sekitar bandar ini, pada jam 10 pagi kelmarin, selepas seorang lelaki berusia 54 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata lelaki itu yang juga pekebun berkenalan dengan suspek pada Oktober 2016.

Tawar lanjut pelajaran

“Suspek dikatakan membuat tawaran membantu anak lelaki mangsa berusia 20-an melanjutka­n pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dalam jurusan perubatan bagi sesi 2017/2018.

“Susulan itu, lelaki terbabit perlu memasukkan pelbagai bayaran dikenakan suspek yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata, lelaki terbabit yang termakan janji manis suspek memasukkan wang berjumlah RM235,000 secara berperingk­at.

“Lelaki itu yang tinggal di daerah ini melakukan beberapa kali transaksi wang ke dalam akuan Maybank milik suspek dalam jumlah berbeza seperti diminta,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini anak mangsa tidak dapat melanjutka­n pelajaran ke peringkat ijazah dalam jurusan perubatan di UM dan terpaksa menanggung kerugian besar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun serta sebat dan boleh dikenakan denda,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia