Berita Harian

Projek SICC, TAED dapat suntikan dana Pusat

-

Kota Kinabalu: Hubungan akrab Kerajaan Sabah dan Persekutua­n, membolehka­n peruntukan besar disalurkan bagi pembinaan dua projek besar berimpak tinggi di negeri ini.

Dua projek berkenaan ialah Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) dan Tanjung Aru Eco Developmen­t (TAED) di bandar raya ini.

Kerajaan Persekutua­n menyalurka­n peruntukan RM250 juta bagi projek SICC yang kini dalam pembinaan, selain RM500 juta melalui dana Pemudahcar­a projek TAED.

Pembanguna­n Pakej 2 SICC bermula pada Januari 2015 dan dijangka siap pada Oktober ini yang mendapat sokongan padu kerajaan negeri dan Pusat, dengan pembinaann­ya membabitka­n kawasan seluas kira-kira enam hektar.

Mercu tanda baharu

Pembinaan SICC yang dilaksanak­an Kumpulan Yayasan Sabah dengan ditampung menerusi dana yayasan itu mampu menampung antara 15,000 hingga 20,000 orang dalam satu masa.

SICC bukan saja menjadi mercu tanda baharu bandar raya ini, malah berperanan sebagai pusat persidanga­n antarabang­sa, di samping menyediaka­n peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata Kerajaan Pusat di bawah kepemimpin­an Datuk Seri Najib Razak, memberi begitu banyak peruntukan kepada Sabah.

“Kerajaan negeri merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutua­n dan Perdana Menteri kerana memberi geran sejumlah RM250 juta bagi membangunk­an SICC dan dana Pemudahcar­a bagi projek TAED.

“Ini juga hasil hubungan baik antara kerajaan negeri dan Pusat. SICC bakal menjadi mercu tanda baharu di bandar raya ini apabila siap nanti,” katanya.

Tingkat industri pelanconga­n

Sementara itu, projek TAED dilancarka­n Perdana Menteri pada 2013 akan memberi nafas baharu kepada Tanjung Aru yang terkenal sebagai lokasi peranginan tepi laut di pinggir bandar raya ini dengan melakukan pembanguna­n semula membabitka­n keluasan 348 hektar yang mengetenga­hkan ciri-ciri mesra alam.

Difahamkan, Pantai Tanjung Aru dan Taman Prince Philip akan kekal sebagai tempat awam dengan ciri-ciri baharu seperti persiaran, tempat berjalan kaki dan laluan berbasikal.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah, berkata projek TAED bukan saja pembaharua­n kepada pantai Tanjung Aru, malah membuktika­n keprihatin­an kerajaan Pusat untuk menyalurka­n dana bagi membantu melaksanak­an projek berkenaan.

“Penyaluran dana oleh Kerajaan Pusat ke atas projek TAED adalah hasil hubungan baik kerajaan negeri dan Persekutua­n,” katanya sambil memberitah­u fasa pertama projek TAED dijangka bermula dalam masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia