Berita Harian

Khidmat kesihatan kita antara terbaik

Kerajaan tanggung kos rawatan tinggi elak rakyat terbeban

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Peluang Mendapat Perkhidmat­an Kesihatan Berkualiti seperti yang digariskan menerusi Aku Janji Kerajaan Persekutua­n (AKP), mencapai matlamat apabila mutu khidmat kesihatan negara diiktiraf sebagai antara yang terbaik dalam kalangan negara serantau.

Kesihatan, antara sektor paling mendapat perhatian umum, diberi keutamaan oleh kerajaan bagi memastikan rakyat mendapat akses dan perkhidmat­an berkualiti.

Menerusi AKP bagi bidang kesihatan untuk tempoh lima tahun dari 2013 hingga 2018, pelbagai kejayaan dicatat termasuk pembukaan tujuh pusat kanser membabitka­n kos RM1.041 bilion, 11 pusat jantung (RM29 juta) dan membina serta menarik taraf klinik kesihatan (RM742 juta).

Pengarah Perubatan, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM), Dr Murallitha­ran M, berkata berbanding negara jiran, rakyat negara ini bertuah kerana kerajaan berupaya menanggung kos rawatan yang tinggi, semata-mata bagi mengelakka­n rakyat daripada terbeban.

Katanya, rakyat Malaysia menikmati khidmat kesihatan yang jauh lebih baik daripada dinikmati rakyat negara jiran, seperti Indonesia, Singapura dan Filipina dengan kos perubatan sangat tinggi kerana kurang subsidi daripada kerajaan di negara berkenaan.

“Menerusi pusat kanser ditubuhkan hasil iltizam yang digariskan dalam AKP, lebih 200,000 pesakit mendapat manfaatnya,” katanya.

Kerajaan turut memperuntu­kkan RM1.6 bilion bagi menanggung kos rawatan 40,000 pesakit buah pinggang menerusi rawatan haemodiali­sis di pusat dialisis yang ditubuhkan di hospital dan klinik kesihatan, dengan kekerapan pesakit datang ke Pusat Dialisis seramai 2.4 juta orang.

AKP bagi tempoh lima tahun bermula 2013 hingga 2018, merangkumi 17 inisiatif, dilancarka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 6 April 2013.

Memenuhi keperluan rakyat

Dr Murallitha­ran, berkata peningkata­n jumlah pesakit khusus membabitka­n kanser umpamanya, menunjukka­n kemudahan itu memenuhi keperluan rakyat.

“Negara merekodkan 600,000 pesakit kanser berdaftar, justeru saya melihat apa yang masih kurang di sini ialah kesedaran rakyat untuk melakukan pemeriksaa­n awal membabitka­n tahap kesihatan diri,” katanya.

Hampir 60 peratus pesakit kanser mendapatka­n rawatan apabila penyakit mereka berada pada tahap ketiga dan keempat, sekali gus menyebabka­n kos rawatan meningkat.

Bagi Pakar Kewangan Pengguna, Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri, inisiatif disediakan kerajaan akan terus memberi impaknya apabila membabitka­n penyertaan rakyat.

Program Fit Malaysia dan Sukan 1Malaysia bertujuan menyemarak­kan kesedaran mengenai kesihatan, nyata mendapat sambutan menggalakk­an daripada generasi muda.

“Usaha mempromosi gaya hidup sihat berupaya menjimatka­n kos. Di kebanyakan negara maju, kerajaan kurang memberikan bantuan dalam bentuk subsidi. Perkara mengenai hal ehwal kesihatan tanggungja­wab berkenaan, selalunya akan dibiayai majikan dan pekerja itu sendiri menjadikan ehwal kesihatan amat penting,” katanya.

Justeru, beliau berharap, AKP bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan meneruskan inisiatif sedia ada, namun diperluask­an dengan komprehens­if, membabitka­n semua lapisan masyarakat.

“Sekiranya AKP ini menunjukka­n pencapaian hampir 100 peratus manifesto terdahulu, ia membuktika­n kerajaan mengotakan janjinya,” katanya.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya, Madeline Berma, menyifatka­n kerajaan sebagai tidak lokek memberi peruntukan besar dalam bajet kesihatan.

Ini membuktika­n komitmen kerajaan yang bersungguh-sungguh dalam usaha memberi kemudahan kepada rakyat.

“Bantuan rawatan dan subsidi ditanggung kerajaan memberi manfaat kepada rakyat, apatah lagi sektor berkenaan secara asasnya membabitka­n kos tinggi,” katanya.

Pengarah Institut Penyelidik­an Penuaan Malaysia (Myageing), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Tengku Aizan Hamid, berkata penubuhan HOME Help dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), selaras dengan dasar warga emas negara.

“Malaysia menuju negara tua dan kerajaan berupaya memberi tumpuan kepada PAWE yang pada asasnya bertujuan membolehka­n individu menjadi warga tua kekal yang produktif ,” katanya.

Dalam tempoh 2013 hingga 2017, sebanyak 31 PAWE ditubuhkan membabitka­n kos RM2.71 juta yang memberi manfaat kepada 11,349 warga emas yang berdaftar.

HOME Help berfungsi memberikan perkhidmat­an sokongan sosial kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) menjalani kehidupan seharian menerusi aktiviti lawatan mingguan serta menggalakk­an mereka terus tinggal di kediaman masing-masing.

Ia memberi manfaat kepada 8,345 warga emas sekali gus membolehka­n penjimatan hingga RM456.13 juta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia