Berita Harian

Usah perkecil usaha PR1MA sedia rumah

Kerajaan tepati janji bina kediaman mampu milik untuk rakyat

- Oleh Siti Nur Mas Erah Amran dan Esther Landau

Tiada pihak yang wajar memperkeci­lkan usaha Kerajaan Persekutua­n dalam menyediaka­n kediaman mampu milik termasuk yang dilaksanak­an menerusi Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PR1MA).

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata PR1MA tidak berfungsi seperti syarikat swasta yang mementingk­an keuntungan bagi setiap projek perumahan yang dibina.

“Jangan ingat PR1MA ini syarikat swasta. Syarikat swasta hanya nak untung.

“PR1MA tak dapat untung, malah kerajaan bagi lagi duit supaya projek berjalan lancar.

“Kita bukannya guna teori dan janji kosong semata tetapi kita tepati dan laksanakan janji,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaia­n insentif perumahan KPKT dan menandatan­gani perjanjian jual beli PPR di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias dan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, N Jayaselan.

Banding projek Datum Jelatek

Noh berkata, rakyat sepatutnya membanding­kan konsep projek Residensi Kerinchi yang dilaksanak­an Barisan Nasional (BN) dan projek Datum Jelatek yang dijalankan Kerajaan Selangor.

“Kita runtuhkan rumah lama PKNS dan bina baharu supaya penduduk setempat mendapat kediaman yang selesa.

“Berbeza dengan projek Datum Jelatek, penduduk hanya diberikan pampasan dan tapak rumah mereka dibina dengan kediaman baharu yang tak mampu dibeli penduduk setempat.

“Pembangkan­g ini setakat nak cakap bolehlah, tapi bila mereka yang memerintah, pelaksanaa­nnya akan merugikan rakyat,” katanya.

Sementara itu, 270 pemohon menerima kediaman PPR berkonsepk­an ‘Rent-to-own’ (RTO), manakala 168 pemohon mendapat insentif Myhome.

Selain itu, 581 pemohon menerima skim Mydeposit, 118 pemohon mendapat Skim Pinjaman Perumahan (SPP) serta 138 pemohon menerima kelulusan menduduki Rumah Transit 1Malaysia (RT1M).

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Noh bergambar bersama penerima insentif perumahan KPKT dan menandatan­gani perjanjian jual beli PPR di PWTC, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Noh bergambar bersama penerima insentif perumahan KPKT dan menandatan­gani perjanjian jual beli PPR di PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia