Berita Harian

Wanita perlu kuasai teknologi

Penguasaan ekonomi digital bantu kekal daya saing, perluas capaian pasaran

-

Kuala Kubu Bharu

Penguasaan teknologi terkini dalam era ekonomi dan perniagaan digital adalah penting bagi golongan wanita terus kekal berdaya saing, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) itu berkata, dengan capaian pasaran luas dan kos lebih rendah, keuntungan dapat diraih berlipat ganda kerana tiada orang tengah.

“Saya yakin pelbagai inisiatif disediakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam bidang perniagaan banyak membantu wanita memulakan, seterusnya mengembang­kan perniagaan mereka.

“Jadi, sempena Program Prihatin Wanita BAKTI, saya berharap wanita membabitka­n diri dengan aktiviti ekonomi dan merebut peluang disediakan untuk mengubah landskap kehidupan mereka,” katanya pada Program Prihatin Wanita BAKTI sempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 di sini, semalam.

Aset tinggi nilai

Rosmah berkata, wanita sebagai aset yang tinggi nilainya perlu terus menyerlah dan menjadi pemangkin kepada pembanguna­n negara.

Sementara itu, pada majlis sama, beliau turut menyampaik­an sumbangan menerusi Program Dermasiswa BAKTI kepada 100 pelajar dari 10 kawasan parlimen di Selangor dengan setiap pelajar menerima RM600 setahun untuk tempoh dua tahun.

Program dermasiswa itu adalah program tahunan BAKTI bertujuan memberi bantuan kepada pelajar sekolah menengah yang cemerlang dan berasal daripada keluarga kurang berkemampu­an.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Rosmah diiringi Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk P Kamalanath­an bersama ahli BAKTI di Kuala Kubu Bharu, semalam.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Rosmah diiringi Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk P Kamalanath­an bersama ahli BAKTI di Kuala Kubu Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia