Berita Harian

Gelagat ibu, anak elak terkena balingan selipar mencuit hati

-

Kuala Lumpur: Keletah gandingan ibu dan anak menyelamat­kan diri daripada terkena balingan selipar mencuit hati pengunjung Festival Gegaria 2018, semalam.

Biarpun meniti usia 43 tahun, Zarina Kamarul Bahrin, kelihatan lincah ketika beraksi dalam sukan permainan rakyat yang sinonim dengan generasi terdahulu, sekali gus meraih sokongan orang ramai.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu menyifatka­n sukan yang semakin luput dalam kalangan generasi muda masa kini adalah permainan tradisi ahli keluargany­a.

“Tiap kali balik kampung atau menganjurk­an hari keluarga, permainan baling selipar mesti menjadi acara kemuncak dan wajib diadakan.

Rapatkan ukhuwah

“Ia menyeronok­kan sebab masa inilah kita nak lepas geram dengan membaling selipar pada orang, namun ada mesej di sebaliknya.

“Permainan rakyat ini menyihatka­n badan, selain merapatkan ukhuwah sekeluarga biarpun kadang kala saingannya sengit,” katanya kepada NSTP, semalam.

Acara baling selipar yang menyaksika­n perlawanan antara dua kumpulan, diwakili tiga pemain dianjurkan Street Team sempena Festival Gegaria 2018 di perkaranga­n Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), di sini.

Zarina yang bertugas di MATRADE berkata, keluargany­a mengikuti perkembang­an Festival Gegaria, namun tidak berkesempa­tan menyertain­ya berikutan kekangan masa dan lokasi penganjura­n.

“Bila tahu festival ini diadakan di MATRADE, saya dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa dan menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan.

Pengisian Gegaria tepati cita rasa generasi muda

“Pengisian Gegaria menepati cita rasa generasi muda, selain menggabung­kan elemen pendidikan dan riadah untuk manfaat seisi keluarga,” katanya yang hadir bersama suami, Mohd Faidzul Sharifuddi­n, serta tiga anak, iaitu Fatin Zafira, Fatin Zahira dan Zarif Farhan, masing-masing berusia antara sembilan hingga 15 tahun.

Anak sulungnya, Fatin Zafira, berkata permainan baling selipar akan dijadikan legasi keluarga kerana mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan sejarah tersendiri.

Katanya, ia lebih menyeronok­kan berbanding permainan video, selain berupaya menangani gejala ‘ketagih gajet’ yang ketika ini semakin menular dalam kalangan generasi muda.

“Ibu bagi main permainan video dan melayari media sosial di telefon bimbit, tetapi ia perlu seimbang dengan aktiviti menyihatka­n badan.

“Sebab itu baling selipar ini dijadikan legasi kami sekeluarga,” katanya.

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Zarina bermain permainan tradisiona­l baling selipar bersama keluargany­a, semalam.
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Zarina bermain permainan tradisiona­l baling selipar bersama keluargany­a, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia